Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 6 November 2013

Soalan Pengunjung, Tanaman Diserang Belalang

Assalamualaikum En Iskandar,
 
Saya nak tanya. Macamana nak hapuskan belalang yag memakan daun terutama daun sawi, bayam, dan kangkung?
Sekarang serangan belalang sudah tidak terkawal.  

Terima kasih.

Pokok bayam diserang belalang.  Gambar milik Mohamad Azali.

---------------------------------------
Terima kasih Mohamad Azali.  

Waalaikum salam,
Teruk juga serangan tu.  Semburan perosak yang saya letak dalam blog hanya berkesan bila disembur terus ke atas belalang dan ini agak mustahil sebab belalang akan terbang/lompat ke tempat lain mencari perlindungan.
Mungkin jaring (netting) halus seperti kelambu yang ditutup dapat membantu.
Kebiasaannya serangan adalah dalam bentuk sementara. Bila tiba waktunya belalang akan terbang ke tempat lain.

Mungkin rakan-rakan ada cadangan yang lebih praktikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan