Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 19 November 2013

Soalan Pengunjung -- Tentang Penggunaan Lampu Sebagai Sumber Cahaya

Salam En. Iskandar,
Saya tinggal di flat dan hanya mempunyai ruang tanpa cahaya yang secukupnya. Saya merancang untuk gunakan lampu sebagai sumber cahaya. Lampu yang bagaimanakah yang sesuai untuk pencahayaan ruang tersebut, apakah watt yang sesuai, berapakah jarak antara lampu dan tumbuhan, dan berapa jamkah patut saya dedahkan kepada cahaya tersebut?
-------------------------------
Waalaikum salam.
Soalan ini sebenarnya agak rumit kerana banyak faktor yang perlu diambilkira. Ini kerana cahaya adalah hasil daripada gelombang elektromagnet. Julat frekuensi gelombang yang berbeza menghasilkan bahagian pertumbuhan yang berbeza. Bagaimanapun sebagai ringkas boleh gunakan maklumat berikut sebagai panduan.

1. Lampu yang bagaimanakah yang sesuai untuk pencahayaan ruang tersebut?
Gunakan lampu yang mengeluarkan cahaya pada julat 3000 hingga 6000K. Boleh gunakan mentol fluorescent biasa dengan kuasa 400W tapi perlu diletakkan dekat dengan tanaman. Ada sumber yang syorkan mentol HID dan ada yang syorkan mentol logam halida.

2. Apakah watt yang sesuai?
Elok gunakan watt yang kecil misalnya 400W tetapi gunakan beberapa mentol berbanding dengan watt yang besar (1000W) kerana lampu dengan watt yang besar hasilkan banyak haba dan ini suatu pembaziran.

3. Apakah jarak yang sesuai?
Keamatan cahaya diukur dalam unit Lumen. Jika diletakkan pada jarak 30 cm daripada kanopi tanaman, ia menghasilkan cahaya yang terkena pada daun sebanyak 50,000 lumen (anggaran sahaja). Pada jarak 60 cm keamatan cahaya adalah sekitar 12,500 lumen.

4. Berapa jamkah patut saya dedahkan kepada cahaya tersebut?
Anda tidak boleh pasang lampu sepanjang hari kerana pokok juga perlu tidur. Jika dipasang lampu sepanjang hari pokok akan mati. Jika tanam sayur, paling lama pasang lampu selama 18 jam. Pastikan pokok mendapat waktu gelap (wajib) selama 6 jam. Jika pokok bunga pasang lampu paling lama 16 jam.

4 ulasan:

  1. Info yang sangat bermanafaat, TQVM for sharing.

    BalasPadam
  2. Terimakasih kongsikan maklumat ini, mohon izin tuan untuk menyimpan maklumat ini.Terimakasih ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Welcome back Puteri Purnama, cuti ni boleh aktif semula berkebun.

      Padam