Sabtu, 30 November 2013

Medium Tanah Semaian

Biji benih perlukan air, udara (oksigen) dan suhu untuk bercambah.  Ketika proses percambahan, baja tidak diperlukan kerana makanan dan nutrien diperoleh daripada benih.  Tanah atau medium yang digunakan seharusnya mampu menyimpan air dan mengandungi udara yang secukupnya.  Oleh kerana negara kita mempunyai suhu yang tinggi, masalah suhu lazimnya tidak ketara.  pH iaitu keasidan tanah juga memainkan peranan penting.  Lazimnya tanah atau medium dengan pH 6 hingga 7.5 sesuai digunakan,

Pada pendapat saya, tanah yang kaya dengan humus dan kompos sesuai digunakan.  Ada yang bertanya sekiranya sabut kelapa (coco peat) sesuai digunakan?  Ya ia sesuai.  Mungkin rakan-rakan boleh campur dengan bahan lain kerana zarah-zarah sabut biasa timbul bila disiram air.

Buat masa ini kami tidak membekalkan coco peat.  Jika rakan-rakan ingin memesan bahan ini, sila hubungi Puan Raja (0199016576). Suami Puan Raja ada mengusahakan penanaman secara fertigasi.  Khabarnya mereka ada juga memberikan khidmat nasihat untuk rakan-rakan yang berminat untuk mengusahakan penanaman secara fertigasi.  Mereka beroperasi di sekitar Kuantan.


2 ulasan: