Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 22 November 2013

Kompos Bahagian 29 Daripada 40

Jika Waswas, Jangan Letak

Tiada senarai yang muktamad dalam memlih ramuan timbunan kompos. Ikut gerak hati. Jika anda waswas samada selamat untuk meletakkan suatu bahan ke dalam timbunan kompos, jangan letak.

Sisa tanaman yang telah dirosakkan oleh bena dan lalat putih boleh diletakkan di dalam timbunan kompos. Ini kerana bena dan lalat putih serta larvanya akan mati di dalam timbunan kompos.

Bahan yang mengandungi telur, larva dan kepompong lalat kobis, larva kekabuh timun, ulat kekek, kulat reput batang, kulat karat dan bahan dijangkiti virus elok dibakar dan jangan diletakkan di dalam timbunan kompos. Buah yang rosak akibat serangan lalat buah juga patut dibakar.

Bersambung Khamis 12 Disember.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan