Khamis, 21 November 2013

Kompos Bahagian 28 Daripada 40

Kompos Panas

Kompos panas? Ini dah betul betul memasak ni....

Kita inginkan kompos panas untuk membunuh rumpai, benih rumpai, dan patogen (makhluk halus misalnya bakteria dan kulat yang membawa penyakit). Macamana tu?

Macamni...

Makhluk perosak dan penyakit yang sebelum ini memakan atau menjangkiti daun tidak akan dapat hidup seperti biasa di dalam timbunan kompos. Jadi janganlah risau tentang makhluk perosak serta penyakit yang sebelum ini menjangkiti daun tanaman atau rumpai. Kulat yang menjangkiti tanaman juga tidak akan tahan lama di dalam timbunan kompos kerana persekitaran di dalam timbunan kompos adalah berbeza dengan persekitaran di atas daun tanaman.

Ada orang gemar membakar sisa kebun di rumah. Ini adalah amalan yang membazir dan mencemarkan udara. Lebih baik jika bahan tersebut diletakkan di dalam timbunan kompos.

Petuanya begini. Lebih lama anda timbun kompos, lebih sedikit makluk perosak akan selamat di dalamnya. Lagipun hidupan yang bermanfaat di dalam timbunan kompos akan membunuh makhluk perosak yang ada.

Bersambung Jumaat, 6.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan