Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 20 November 2013

Kompos Bahagian 27 Daripada 40

Kompos Rumpai Menyebarkan Benih Rumpai?


Memang ramai yang mengaju solan ini, adakah penggunaan rumpai mengundang masalah rumpai?

Taklah. Pertama, timbunan kompos panas dan akan membunuh sebahagian daripada benih rumpai. Kedua, timbunan kompos mengandungi cacing dan organisma lain yang akan memakan benih rumpai. Lazimnya hampir semua benih rumapi akan dimakan organisma di dalam timbunan kompos.

Sebenarnya, masalah benih tidaklah ketara sangat. Yang ketara ialah akar dan rizom rumpai. Ini kerana timbunan kompos adalah hampir sama dengan keadaan di dalam tanah tempat akar dan rizom tersebut berlindung.

Itu pun janganlah dirisaukan sangat. Kita boleh musnahkan akar dan rizom rumpai sebelum kita mencampurkannya ke dalam timbunan kompos. Negara kitakan panas, gunalah kelebihan ini. Selepas dicabut rumpai, biarkan ia kering berjemur terik matahari. Bila akar dan rizom tersebut kering dan kecut, misalnya selepas 3 hari terjemur, ia akan mati. Lepas itu barulah dicampurkan ke dalam timbunan kompos.

Bersambung Khamis, 6.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan