Selasa, 19 November 2013

Kompos Bahagian 26 Daripada 40

Ramuan Dari Kebun Di Rumah


Sebelum ini kita bercerita tentang sisa dapur dan ramuan dari dalam rumah. Bahan dari laman luar rumah juga boleh dikompos. Sebenarnya bahan dari kebun di rumah lebih mudah dikompos kerana ia jarang mengeluarkan bau yang kurang enak.

Semua sisa kebun yang hijau boleh dijadikan ramuan kompos. Rumpai, katang sayur, misalnya kobis, kailan pun boleh dikompos. Jika mahu cepat masak, kerat kerat dulu bahan tersebut.

Err, pulur jagung boleh dikompos? Boleeehhhhhh.... Tapi pukul ("katok" kata orang Ganu) dengan tukul dulu untuk pecahkan menjadi cebisan yang lebih kecil.

Ada pula yang risau, sisa keratan rumpai ada benih rumpai, kalau dikomposkan tak kah menjadi benih dan akan sebarkan rumpai? Apa masalahnya, masa tak kompos pun ada rumpai kan? Buat kompos atau tak buat kompos, rumpai tetap aan tumbuh dalam laman kita. Lagipun timbunan kompos panas dari biasa. Benih rumpai lazimnya akan mati. Ada kajian yang telah dibuat tentang benih rumpai dalam laman. Khabarnya ia bukan dari timbunan kompos. Benih tersebut tersebar dari angin, tinja burung.... Dan dari tanaman yang kita beli dari nurseri.

Oklah, kita sambung esok, Rabu 20 November.

3 ulasan:

  1. semua maklumat membuat kompos yg.tuan kongsikan dari awal dulu, telah saya praktikkan, alhamdulillah itulah rahasia tanaman saya menjadi..hehehe terimakasih tuan Is.

    BalasPadam
  2. Betul kata Puteri Purnama. sy jugak praktikknnya...Dpt juga jimatkn kos & lbh selamat...:-)

    BalasPadam