Jumaat, 15 November 2013

Kompos Bahagian 25 Daripada 40

Kertas Pun Boleh


Kertas suratkhabar lama dengan kotak lama aja ker boleh jadi ramuan kompos? Oklah semua boleh. Nampaknya terduduk juga kawan kita yang datang beli suratkhabar lama kalau semua masuk kompos ni... Orang bandaran pasti bahagia, dah kurang sampah domestik perlu dikutip dan diproses. Hmmmm.... Majlis Bandaran patut promote ni....

Balik kepada topik kita. Ya semua jenis kertas boleh dikompos. Opps silap, bukan semua.... Hampir semua. Tapi juimpahnya janganlah dalam kuantiti yang banyak kerana sebagaimana dinyakan sebelum ini, kita perlu ikut panduan nisbah C:N.

Ada yang timbulkan isu toksik dalam dakwat cetakan. Itu cerita lama. Sekarang dakwat yag digunakan tidak lagi mengandungi toksik tersebut.

Biar saya olah kembali, kesian pula kawan kita yang buat bisnes beli suratkhabar lama. Gunakan bahan kertas atau kotak yang sukar dikitar semula, muisalnya kertas tisu dan cebisan kotak.

Kertas yang macam mana tak boleh dikompos? Kad yang dilaminate dengan plastik, majalah kertas glossy dan berkilau tidak sesuai dikompos. Bahan tersebut ambil masa yang terlalu lama untuk reput.

Bersambung Selasa, 19 November.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan