Khamis, 14 November 2013

Kompos Bahagian 24 Daripada 40

Ramuan: Apa Nak Letak, Apa Tak Boleh Letak


Bila sebut ramuan, ada bahan boleh diletak. Ada bahan tak sesuai diletak. Bahan yang sesuai dijadikan ramuan kompos termasuk habuk kopi dan teh terpakai, kapas lama, kain kapas yang dah koyak, kulit telur, kertas suratkhabar lama, kotak lama, bekas telur kertas, kayu ketam (bedding) dalam kandang arnab, tinja arnab, sisa sayuran, dan abu kayu,

Jangan letak habuk dari bekas jamban kucing atau anjing, abu arang batu, hasil tenusu (keju, susu), lampin pakai buang, sisa daging, sisa ikan, minyak masak terpakai, plastik, dan lemak.

Ya, betul ada antara bahan yang saya senaraikan sebagai jangan boleh diuraikan menjadi kompos. Tapi jangan... Ada sebabnya!

Bersambung esok, Jumaat 15 November, tepat 6.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan