Rabu, 13 November 2013

Kompos Bahagian 23 Daripada 40

Ramuan Kompos

Nampaknya gitulah.... Buat komposni macam masok gok. Ada ramuan tersendiri.
Ya betul. Buat kompos seakan memasak. Jika macam itu, bolehkah aktiviti membuat kompos kita sebaut aja "memasak kompos"? Hmmm.... Mungkin boleh.

Tapi jangan risau, kita bukannya nak memasak kek. Kalau masak kek, kalau tersalah ramuan, lain jadinya. Memasak kompos, kalau ramuan kurang tepat kita masih juga akan dapat kompos. Lagipun apa nak disaukan -- ramuan utamanya sampah atau sisa dapur.

Ya betul, sumber utama ramuan kompos dalam rumah adalah dari dapur. Apa-apa saja sisa sayuran adalah ramuan utama kompos. Jangan risau untuk letakkan batang atau kulit selepas menyiang sayur. Walaupun ia kelihatan berserat, ia tetap cepat terurai bila dikomposkan nanti.

Sayur lebihan yang telah dimasak juga boleh digunakan... Tiada masalah. Jadi anda tidak perlu lagi membazir perbelanjaan dapur kerana semuanya boleh dikomposkan.

Saya selalu ada terima soalan, adakah sisa daging dan ikan boleh dikomposkan? Secara teorinya boleh. Ia tidak digalakkan kerana bahan tersebut mengundang lalat dan tikus. Ia juga menghasilkan bau busuk. Jadi, ya boleh digunakan jika anda dapat selesaikan masalah lalat dan tikus.... dan bau.

Bersambung esok, Khamis 14 November.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan