Selasa, 12 November 2013

Kompos Bahagian 22 Daripada 40

Kalsium Baik Untuk Timbunan Kompos

Jadi, bahan yang kaya dengan kalsium sangat elok untuk timbunan kompos. Ini kerana kalsium bersifat alkali. Ia akan dapat meneutralkan timbunan kompos yang berasid hasil daripada aktiviti penguraian oleh bakteria, iaitu asid organik.

Kan lebih mudah tambah aja kapur, macam yang diajarkan untuk kurangkan keasidan tanah?

Oho.... Tak semudah itu. Jika timbunan kompos berasid kerana kurang udara, lebih baik baiki struktur timbunan kompos daripada baiki pH timbunan kompos menggunakan serbuk kapur. Jadi kita perlu fikir cara lain untukl perkaya timbunan kompos dengan kalsium.

Walaupun kebanyakan bahan hijau mengandungi kalsium, kebanyakan bahan kompos secara semulajadi kurang kandungan kompos.

Panduannya begini. Kebihan kayu atau ranting daripada pokok yang telah dipangkas lazimnya mempunyai kandungan kalsium yang rendah. Bahan hijau yang kaya dengan nitrogen, kebiasaannya juga kaya dengan kalsium.

Contoh bahan yang kaya dengan kalsium termasuk rumpai hijau, sawi, lebihan atau sisa sayuran, daun mulberry, kekabu, moringa, dan daun jambu.

Contoh bahan yang kurang kalsium termasuk ranting kayu, kulit kayu, daun kering, batang jagung, lumut dan jerami padi.

Bersambung pagi esok, Rabu 13 November.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan