Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 9 November 2013

Kompos Bahagian 21 Daripada 40

Mengapa Faktor Kalsium Penting

Semalam saya nyatakan tentang faktor Kalsium. Ia ada kaitan dengan asid organik yang terhasil dalam timbunan kompos.

Bila sebut tentang keasidan, kita tidak akan terlepas dari membincangkan tentang pH. Kepada rakan-rakan yang kurang arif tentang sains ada perkara yang teknikal, jangan risau ia bukannya suatu yang rumit. Bila dah biasa nanti, semuanya mudah diikuti. Mula-mula aja agak keliru sedikit, macam masa mula-mula belajar kayuh basikal di zaman kanak-kanak dulu.

Skala pH menyukat atau mengukur keasidan atau kealkalian suatu bahan di dalam bentuk larutan. Jika larutan sangat berasid, ia mempunyai nilai 1. Jika larutan sangat beralkali, ia mempunyai nilai 14. Larutan yang neutral mempunyai pH 7.
Kenapa saya gunakan perkataan larutan, sedangkan kita membincangkan tentangn tanah, iaitu pepejal? Sebenarnya begini.... Tanah hanya akan menunjukkan sifat keasidan atau kealkalian hanya bila larut dalam air. Dalam bentuk pepejal ia tidak mempunyai sifat asid atau alkali.

Apa yang mempengaruhi keasidan tanah?

Selalunya keasidan atau kealkalian tanah ada kaitan dengan geologi dan iklim. Batuan berasid, misalnya batuan granit atau batupasir di kawasan yang menerima hujan yang banyak lazimnnya menghasilkan tanah berasid. Kawasan yang kaya dengan batukapur dengan jumlah hujan yang sedikit lazimnya menghasilkan tanah yang beralkali. Tak banyak tumbuhan yang boleh hidup dalam tanah yang terlalu berasid (pH kurang daripada 4) atau beralkali (pH melebihi 8). Lazimnya tanaman mampu hidup dengan subur dalam tanah yang mempunyai pH 6 hingga 7.

Tanah neutral sesuai untuk bakteria pengurai di dalam timbunan kompos. Bagaimanapun bakteria lebih gemar tanah yang beralkali sedikit, iaitu pH sehingga 8.5.

Nah.... Dah nampak apakah kaitannya dengan Kalsium?

Bersambung Selasa 6.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan