Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 8 November 2013

Kompos Bahagian 20 Daripada 40

Faktor Kalsium

Lorr kalsium pulok. Dulu kata karbon dengan nitrogen jer?
Itu berdasarkan buku teks. Sebenarnya skop pembinaan kompos yang bermutu tinggi adalah lebih luas. Faktor nisbah karbon nitrogen itu benar, dan boleh diguna pakai. Bagaimanapun saya merasakan ada banyak lagi elemen lain yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan kompos yang bermutu tinggi. Antara elemen tersebut, yang saya rasa tidak sepatutnya diabaikan ialah kalsium.

Hah, mengapa kalsium penting dalam timbunan kompos?

Satu daripada hasil penguraian bahan organik oleh bakteria ialah asid organik. Dalam timbunan kompos yang mengandungi cukup udara, asiid organik diuraikan lagi kepada bahan yang lebih ringkas.

Bagaimanapun dalam timbunan kompos yang tidak cukup udara, asid organik mungkin akan terkumpul menyebabkan timbunan kompos menjadi berasid. Ini akan menjadi masalah kerana bakteria tidak tahan asid.

Jadi apa peranan kalsium? Saya yakin rakan-rakan boleh teka apa peranan kalsium.

Bersambung esok 6.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan