Khamis, 7 November 2013

Kompos Bahagian 19 Daripada 40

Untuk Dapatkan Jumlah Air Yang Cukup

Semalam kita bincangkan tentang jumlah atau air yang sesuai di dalam timbunan kompos. Jika kompos terlebih air, aktiviti anaerobik akan berlaku dan ini akan menyebabkan timbunan kompos mengeluarkan bau yang busuk.

Air tersebut datangnya daripada bahan hijau kerana bahan hijau secara purata mengandungi 80% air. Jumlah air yang ngam di dalam timbunan kompos ialah antara 50% hingga 60%.

Jadi bahagaimanakah caranya untuk kurangkan jumlah kuantiti air? Penyelesaiannya jga ada di dalam rumah iaitu kertas suratkhabar lama dan cebisan kotak. Ini sekrana ia kering dan mampu menyerap air.

Ya ya betul! Rumusannya, 3 bahagian bahan hijau, 1 bahagian bahan kelabu (kertas suratkhabar lama)!

Dah boleh start buat kompos? Boleh dah.... Tapi tunggu dulu. Kan saya kata ada 40 bahagian artikel ni semuanya. Yang selebihnya kita bincang bagaimana nak sempurnakan kompos kita.

Oh ya, nak tahu bagaimana saya tahu kuantiti air dalam kompos saya? Saya guna alat. Ya cucuk aja probe kat timbunan kompos, keluar bacaan. Perlu ker alat tu? Tak perlu tapi saya suka gejet gejet ni. Boleh guna tangan. Ambil aja segumpal kompos dan kepal tangan kuat-kuat. Jika ada dua atau tiga titik air keluar, ia sempurna! Jika ada banyak air keluar.... Tahniah, tangan anda berbau kentut. Tambah lagi kertas suratkhabar lama ke timbunan kompos.

Bersambung esok.

1 ulasan:

  1. artikel yang sangat bagus dan saya mengikutinya ...cuma he lambat lagi yek...huhu

    BalasPadam