Rabu, 6 November 2013

Kompos Bahagian 18 Daripada 40

Jumlah Air Yang Cukup

Sebelum ini kita bincang tentang keperluan air di dalam timbunan kompos. Jika timbunan kompos terlebih air, kompos akan menjadi busuk kerana aktiviti bakteria di dalam timbunan kompos bertukar kepada aktiviti anaerobik.

Jadi, apakah kuantiti air yang mencukupi?
Daripada rujukan yang saya buat, kuantiti yang disyorkan ialah antara 50 hingga 60% daripada jumlah berat timbunan kompos.

Alamak! Macamana nak kira ni?
Macam ni...
Sisa dapur, keratan rumput dan lain-lain bahan "hijau" mengandungi 80% air. Oit, ini dah lebih daripada kuantiti yang disyorkan.

Betul tu. Kita perlu kurangkan nilai tersebut.

Kita sambung esok, seperti biasa 6.30 am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan