Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 1 November 2013

Kompos Bahagian 17 Daripada 40

Kalaulah Terlebih Air, Apa Akan Jadi?

Apa jadi kalau terlebih air?
Air memenuhi ruang. Kalau tiada air, ruang tersebut diisi oleh udara. Kalau jumlah air cukup, ruang tersebut mengandungi air dan udara. Kalau terlebih air, ruang tersebut dipenuhi dengan air. Udara? Tiada.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, tanpa udara mikroorganisma (hidupan seni) tidak lagi bernafas dengan udara. Hidupan tersebut akan bernafas tanpa udara.
Akibatnya -- Toot toooot! Bau kentut! Tak nak!
Timbunan kompos akan berbau busuk.

Banyak mana air dikatakan cukup?
Macamana nak kira?


Kita sambung selepas awal Muharam, iaitu pada pagi 6 November 2013.

Selamat Menyambut Hari Deepavali untuk rakan-rakan yang merayakannya.
Selamat Menyambut Awal Muharam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan