Selasa, 19 November 2013

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Timun Mini Berputik Lebat

Hari ini kita nikmati gambar kiriman Evy.  Gambar pertama adalah gambar pokok timun mini yang lebat buahnya.  Pokok ini baru peringkat berbunga.  Bika dah berbuah nanti pasti laman akan kelihatan ceria kerana baka ini menghasilkan buah yang lebat.  Saya sendiri pernah tanam dalam pasu, ia berbuah sehingga 20 biji dalam satu masa.  Memang puashati tanam pokok ini. Pastikan ia menerima air yang cukup ketika berbunga untuk elakkan pokok mati kehausan.

Gambar kedua terdiri daripada pokok lobak putih, tembikai panther dan labu kundur.  Lobak putih seperti dah sedia untuk dituai.  Terima kasih Evy kerana sudi berkongsi gambar tanaman.

Timun Mini Green Fiesta hasil tanaman Evy, gambar milik Evy Firman Diana Dee.

Lobak putih, tembikai panther dan labu kundur.  Gambar milik Evy Firman Diana Dee.

6 ulasan:

  1. Assalammualaikum tuan.
    isi lobak putih tu, tak jadi keras ke kalau daunnya dibuang macam dalam gambar tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari pengalaman saya ia tak jadi keras tapi jadi spongy sebab makanan dari isi terpaksa digunakan untuk pertumbuhan daun baru. isi pun menjadi tawar.

      Padam
  2. Ooo...begitu..Jd bila boleh tuai lobak putih? sy pnya dh 1/2 jengkal..dr p'mukaan tnh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling enak rasanya bila sebesar bola ping pong. Jika besar ia mempunyai rasa pedas.

      Padam
  3. Eee...best tgok pkok2 timun & tembikai Evy..sy pnya daun pkok timun & tembikai Panther ni asyik kne bedal dek kekabuh aje...:-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gunakan pelekat pada kertas kuring (shade sama warna dengan kekabuh tersebut).

      Padam