Selasa, 26 November 2013

Gambar hari Ini -- Putik Bunga Tomato

Putik bunga tomato dari baka King Kong bersaiz besar.

Pokok tomato ini adalah dari baka King Kong yang dikatakan menghasilkan buah besar dan lebat.  Pada asalnya benih disemai untuk hasilkan anak pokok untuk jualan.  Kebanyakan anak pokok terjual kepada rakan-rakan yang tinggal berdekatan sejak awal lagi, iaitu ketika anak pokok dijual dengan harga RM2 satu sel semaian.  Apabila pokok semakin besar saya alih ke dalam pasu besar.
Walaupun pokok subur, ramai tidak dapat membelinya kerana pokok terlalu besar dan tidak lagi muat untuk diisi ke dalam kereta.  Oleh kerana kekurangan ruang, sebahagian daripada pokok tersebut terpaksa dimusnahkan dan dijadikan kompos.  Saya hanya simpan 5 pasu.  Dua daripada pasu tersebut dikosongkan dan pokok dialih ke ruang laman depan rumah.  Selepas dialih pertumbahan begitu cepat dan kini ketinggian pokok mencecah paras dada.  Semua pokok telah menghasilkan bunga tetapi tidak banyak.  Ini mungkin kerana batch pertama adalah bunga "belajar."  Lazimnya bunga tersebut akan luruh.
Saya anggapkan diri beruntung kerana bunga sulung yang terhasilkan tidak luruh dan putik buah telah muncul di dalam tampuk bunga.  Tak sabar menunggu set buah sulung daripada toma ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan