Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 4 November 2013

Gambar Hari Ini -- Pokok Cekur Berbunga

Pokok cekur berbunga.

Bila saya letak gambar ni di laman facebook (http://www.facebook.com/tanamsendiri) ramai yang respons berkait dengan saiz daunnya.  Kata rakan-rakan, daun cekur ni lebih besar dari biasa.  Sebenarnya saya kurang arif tentang pokok cekur.  Jadi saya tak tahu saiz biasa daun cekur.  Mungkin sebab saya dah gaul baja organik sebelum senanam, semua pokok yang tumbuh dalam ruang ini lebih besar daripada biasa. 

Saya tanam dua jenis cekur iaitu cekur hitam dan cekur putih.  Pokok yang sedang berbunga ini adalah pokok cekur hitam.  Saya amat suka dengan bentuk bunga ini yang unik.  Walaupun begitu bunga ini hanya mekar satu hari sahaja.

12 ulasan:

  1. Cantiknyabunga pokok cekur ni. tk penah sy tgok pokok cekur bbunga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah tengok sebelum ni, memang cantik.

      Padam
  2. Daun hijau gitu rasanya bukan cekur hitam. Daun cekur hitam ada merah2 sikit dan bunganya lebih banyak ungu. Kalau baja banyak memang daun besar2 dan siap ada warna maroon sikit pada pucuknya. Sedap dibuat ulam atau digulai dengan ikan masin .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya buta terus tentang cekur. Terima kasih, maklumat yang berguna.

      Padam
  3. Aa..baja organik memang sangat subur...saya dan suami sekarang memang gemar baja ni daripada baja sintetik...tapi tulah, mahallah sikit ye tak? salam perkenalan! kawan saya yang forwadkan blog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti tolong pesan pada kawan, katakan saya ucapkan terima kasih kerana hebahkan blog ini.

      Padam
  4. Mak sy ada tanam cekur hitam..mmg bunganye lbh ungu..daun lbh gelap & saiz lbh bsr dr cekur biasa (kalau suburlah :)). Kami tak pernah mkn lg tp dgr cerita org cekur hitam untuk buat ubat..ubat apa kami pun tak tau..tau tanam je..hihi. Sy ada tnm cekur kt rumah sendiri & perasan cekur ni bila dialih-alih slps tempoh hibernasi (x tau nk pakai perkataan apa), lg subur & bsr daunnya.

    BalasPadam
  5. pokok cekur saya sama gemuk spt yg En.Is tanam... both kedua-duanya... yg cekur putih juga cekur hitam... sama gemuk... mungkin faktor tanah dan juga baja yg digunakan...
    berkaitan warna, saya dapati, cekur hitam akan lebih gelap daunnya bila di berada ditempat teduh - terlindung dari matahari... tapi kalau dia terdedah pd matahari, mmg color dia hilang, jalur gelap tu jadi sedikit (cekur hitam daun dia mcm ada garisan jalur kehitaman sikit, tp tak la hitam sangat, color hijau yg lebih gelap je)... dan warna hijau pd daun jadi lebih cerah, kurang gelap bila terdedah matahari...

    BalasPadam
  6. boleh saya mendapatkan benih? bagaimana caranya.

    BalasPadam
  7. boleh saya mendapatkan benih? bagaimana caranya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. whatsapp 0183601610 atau email [email protected]

      Harga 1 set RM10.
      Kendalian poslaju RM10.

      Padam