Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 26 November 2013

Berkebun Di Rumah Untuk Jimatkan Duit Dapur

Ada rakan surirumah yang hubungi bertanya sekiranya ada benih yang boleh membantu keluarganya berjimat.  Maklum sajalah, katanya "Sejak harga petrol naik, semua naik. Cuma gaji yang belum naik."
Saya beritahu, semua benih tanamsendiri murah harganya.  Walaupun benih yang dijual dengan harga tinggi masih tetap murah.  Itu kerana hasil tuaian bermutu tinggi dan amat mahal di pasar.  Nak buat macamana, sayur yang dihantar ke pasar pun naik lori, bukannya naik kereta lembu.

Cuma bila berkebun di rumah untuk tujuan berjimat, sebelum membelu apa-apa keperluan berkebun, ambilkira semua opsyen yang ada.  Misalnya guna semula bekas yang tidak digunakan sebagai bekas semaian atau tanaman.  Sisa dapur dan sisa kebun boleh dikomposkan untuk menghasilkan baja yang berkualiti.


Pilih sayur yang digemari ahli keluarga, dan tidak cerewet penjagaannya.  Misalnya lobak putih yang dituai muda enak rasanya. Ia mudah dijaga dan murah.  Satu pek 100 benih harganya hanya RM2 melalui tanamsendiri.com.

Benih lobak putih.

Cambahan lobak putih mudah dijaga.






1 ulasan: