Ahad, 17 November 2013

Benih Kongsi November

Benih kongsi adalah benih yang kami kongsikan bersama melalui blog tanamsendiri.com. Tujuan perkongsian ini adalah untuk memberikan laluan kepada pengunjung yang baru ingin cuba-cuba menanam sayur di rumah. Setiap bukan kami sediakan 3,000 pek kecil benih yang lazimnya mudah menjadi bila disemai.

Untuk bulan ini kami edarkan dua jenis benih kongsi, iaitu untuk pengunjung tanpa membuat pembelian benih dan pengunjung yang membeli benih. Pengunjung yang request benih kongsi tanpa membuat pembelian akan menerima benih sawi menang dan pengunjung yang membeli benih akan menerima benih misteri. Jenis benih hanya akan diketahui apabila menerima kiriman benih.

Kedua-dua benih ini mudah disemai dan dijaga.

Untuk dapatkan benih kongsi tanpa membeli, emel:

Subject: Benih Kongsi November
Maklumat yang diperlukan:
Nama penerima benih
Alamat penerima benih
No hp


Maklumat hanya untuk urusan kiriman sahaja, ia tidak akan disimpan dan tidak akan diedarkan untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Jika anda membeli benih, benih kongsi disertakan secara automatik. Jika anda inginkan sawi menang, sila nyatakan.

Jumlah pengunjung yang memohon benih kongsi adalah ramai. Untuk elakkan kekeliruan sila pesan melalui emel [email protected] atau [email protected] sahaja.

2 ulasan: