Ada juga yang mesej marah-marah apabila mendapat hasil tuaian. Apabila diminta penjelasan, katanya buah labu botol yang dihasilkan terlalu besar sehingga takut nak makan. Bila ditanya besar mana, katanya panjangnya saja mencecah 5 kaki. Saya ingatkan dia exaggerate, rupa-rupanya tidak. Memang betul hasil tuaian sebesar itu.
"Ish besar tu."
Saya sendiri pun tak tahu baka yang saya jual mampu mencecah sebesar itu. Mungkin lokasi, nutrien dan kuantiti air serasi. Nasihat saya kepadanya, petik ketika buah masih kecil sebagaimana yang dihidangkan. Kalau untuk saya sendiri, itu perkara baik.
Semalam ada terima lagi benih istimewa. Oleh kerana harganya yang terlalu tinggi, saya sendiri pun duduk termenung nak buat macamana. Nak semai sendiri, dah tiada ruang lagi. Dah tiba masa untuk "vertical gardening."
Ada juga yang syorkan buat bengkal satu hari. Cadangan yang bagus, dan insyaAllah akan disempurnakan.
![]() |
Anak pokok bayam spinach. |
Ramai juga yang sarankan supaya kami jual anak pokok sayur. Sebenarnya cadangan ini bagus, apa lagi untuk saya yang memang gemar menyemai dan memerhati cambahan membesar. Selama ini saya tidak mulakan kerana masalah ruang. Lagipun mana nak letak anak-anak pokok yang tak terjual? Bila difikirkan, apa masalahnya. kan yang saya semai sayur. Jika ia matang tanpa terjual, masuk kualilah. Betul juga.
Jadi, kini anak-anak pokok sayur mula available untuk rakan-rakan yang tinggal dekat. Buat masa ini anak pokok yang avalable ialah:
1. tomato besar (mesti dijual minggu ini, atau bulan depan buat sos tomato sendiri)
2. tomato kingkong (mesti dijual minggu ini, atau bulan depan buat sos tomato sendiri)
3. tomato ceri season red (mesti dihabiskan minggu ini)
4. terung besar purple giant naga
5. terung besar putih snow naga
6. terung mini sejambak
7. roselle
8. bayam spinach
9. kangkung
10. sawi istimewa jin siew
11. sawi renek istimewa warrior
12. labu manis butternut pumpkin
13. labu kundur blue hill
14. petola segi
15. betik sekaki
16. betik 3 kaki (baka longevity)
RM2/bekas cambahan, RM5/pasu kecil (5 1/2"), dan RM10/pasu 1'.
saya beri cadangan pada Tuan jual anak pokok di pasar Semenyih..:)
BalasPadamDah ada orang jual tanah di Pasar Semenyih. Orang masih muda, Uda namanya. Selain dari tanah, Uda juga ada jual pokok bunga. Biasanya Uda datang dengan lori dan jual di tepi jalan.
Padamemmm..kalau pos boleh ke?buat macam sayur genting yang ada dekat Aeon tu...amacam?
BalasPadamSaya dah pesan packaging khas. Pembekal belum hantar. Bila dah dapat, insyaAllah saya akan jual anak pokok melalui poslaju.
Padamni kena ambik sendiri ke kalau nk beli ?
BalasPadamBenih dikirim melalui pos. Anak pokok kena datang ambil sendiri.
Padamassalam tuan.. tuan memulakan vertical gardening? saya berminat dengan vertical gardening.
BalasPadamWaalaikum salam.
PadamSaya dah mula cuba-cuba.