Isnin, 4 November 2013

Akibat Terlebih Baja Pokok Terkurang Baja?

Kebiasaannya bila daun pokok cili yang saya tanam menjadi pucat, saya biarkan saja kerana masalah tersebut akan selesai dengan sendiri.  Bagaimanapun ia menarik perhatian saya kerana ramai daripada rakan-rakan yang berkunjung bertanya soalan yang sama. 

"Kenapa jadi begitu?"
"Bagaimanakah cara menyelesaikannya?"

Daun pucat, mungkin kerana terlebih baja.

Sebenarnya ada banyak kemungkinan berlaku sedemikian.  Jika rakan-rakan pernah baca posting saya sebelum ini, saya selalu nyatakan bahawa kita tidak mungkin letak terlebih baja, jika gunakan baja organik.  Sebenarnya kenyataan tersebut tidak selalunya betul.

Misalnya sekarang musim hujan, tanah yang kaya dengan bahan organik serta sentiasa lembap, kena pula dengan suhu di negara kita yang tinggi, semuanya amat elok untuk pertumbuhan bakteria.  Bukan, maksud saya bukan bakteria jahat.  Bakteria yang baik untuk tanaman.

Ada di antara bakteria befungsi mengikat sebatian nitrogen.  Ini elok jika sebatian tersebut dapat diserap oleh tanaman.  Ada pula bakteria yang mengikat nitrogen kepada bentuk sebatian yang tidak dapat diserap oleh tanaman.  Bila ini berlaku, tanaman akan kekurangan nitrogen.

Masalah ini lazimnya tidak kekal.  Bila baja organik dah kurang, bakteria akan uraikan kembali sebatian nitrogen kepada sebatian yang lebih ringkas yang boleh diserap oleh tanaman.  Bila ini berlaku, daun akan kembali berwarna hijau tua.

Keadaan ini lazimnya tidak mengganggu performans pokok tersebut untuk berbunga dan berbuah jika kita menanam di rumah.  Jika menanam secara komersial mungkin petani akan gusar kerana jumlah tuaian mungkin kurang "sedikit."

Jika warna hijau muda tersebut kurang enak dipandang, rakan-rakan boleh selesaikan dengan menyembur teh kompos secara terus ke atas daun.  Jika tidak mengamalkan penanaman organik sepenuhnya, rakan-rakan boleh sembur baja foliar ke atas daun.

Saya sendiri?  Saya akan hanya biarkan saja kerana pokok cili tersebut akan pulih bila baja dalam pasu dah kurang.  Yang pasti, saya tidak akan tambah baja ke dalam bekas tersebut.

4 ulasan:

  1. Saya tertarik untuk memberi ulasan juga. Baja organik memang tidak akan terlebih pembajaan kerana kandungan nutrien di dalam baja organik sendiri kurang untuk konsumsi tanaman.

    Namun, baja organik mampu mengekalkan kesuburan tanah.

    Kalau tanam cabai, saya biarkan sahaja kuning begitu daunnya selagi tiada serangan penyaki.

    BalasPadam
  2. En Is, Sy percaya pada penggunaan teh kompos dan cuba berusaha membuat teh kompos...cuma saya x tau kat mana nk dptkan makanan bg bakteria baik membiak dg kadar yg cepat dlm bancuan air yg beroksigen...cthnya penggunaan bahan 'Molasses' atau 'unsulfured brown sugar'....bleh en Is kongsi maklumat tersebut?

    BalasPadam
  3. Leh tanya x? Klau terlebih baja ,ape yg akan berlaku pd pokok? Sama ada berubah daun ke mati?

    BalasPadam
  4. Penggunaan baja kimia yang berterusan akan menjadikan tanah menjadi kering dan tandus. Ini akan menyebabkan tanah sukar menampung air dengan berkesan. Selain itu, nutrien yang terhasil dari baja yang ditabur juga menjadi lambat untuk diserap oleh tanah disebabkan keadaan tanah tersebut yang telah berasid.

    Baja Organik Foliar DI Grow

    BalasPadam