Biji benih perlukan air, udara (oksigen) dan suhu untuk bercambah. Ketika proses percambahan, baja tidak diperlukan kerana makanan dan nutrien diperoleh daripada benih. Tanah atau medium yang digunakan seharusnya mampu menyimpan air dan mengandungi udara yang secukupnya. Oleh kerana negara kita mempunyai suhu yang tinggi, masalah suhu lazimnya tidak ketara. pH iaitu keasidan tanah juga memainkan peranan penting. Lazimnya tanah atau medium dengan pH 6 hingga 7.5 sesuai digunakan,
Pada pendapat saya, tanah yang kaya dengan humus dan kompos sesuai digunakan. Ada yang bertanya sekiranya sabut kelapa (coco peat) sesuai digunakan? Ya ia sesuai. Mungkin rakan-rakan boleh campur dengan bahan lain kerana zarah-zarah sabut biasa timbul bila disiram air.
Buat masa ini kami tidak membekalkan coco peat. Jika rakan-rakan ingin memesan bahan ini, sila hubungi Puan Raja (0199016576). Suami Puan Raja ada mengusahakan penanaman secara fertigasi. Khabarnya mereka ada juga memberikan khidmat nasihat untuk rakan-rakan yang berminat untuk mengusahakan penanaman secara fertigasi. Mereka beroperasi di sekitar Kuantan.
TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Sabtu, 30 November 2013
Medium Tanah Semaian
Tabiat Kucing -- Dipetik daripada buku ""Kucing Sahabat Taman"
Kucing adalah haiwan bebas yang mampu hidup berdikari. Kucing boleh hidup sendirian tanpa perlu bergantung kepada kucing-kucing yang lain. Ia boleh mencari sendiri makanan (dengan memburu atau mengorek tong sampah), melindungi diri sendiri, menjaga kebersihan serta mempertahankan kawasannya. Jika mahu, ia memilih pasangan atau kawannya.
Oleh kerana kucing kadangkala bersosial, ia juga menunjukkan kemampuan untuk cemburu, irihati dan dendam. Kucing mampu melakukan kerosakan kerana marah, dendam, irihati atau untuk memfitnah kucing lain. Jadi jika anda ada memiliki kucing, laman kebun di rumah anda mungkin dirosakkan oleh kucing lain hanya kerana kucing tersebut ingin memfitnah kucing milik anda.

Rabu, 27 November 2013
TANDA TEKANAN AKIBAT KEKURANGAN AIR
Anda akan pelajari bagaimana mengenali tanaman yang tertekan akibat kekurangan air dengan hanya memerhati rupa tanaman tersebut. Tekanan kekurangan air yang teruk amat jelas sebab tumbuhan layu, tetapi tumbuhan yang baru mengalamai tekanan kekurangan air menunjukkan tanda yang kurang jelas lama sebelum tumbuhan tersebut hentikan semua aktiviti.
Apabila air sukar diperolehi, tumbuhan mula kehilangan kilau, kelihatan lesu dan pudar atau kurang segah pada permukaan daun. Ia kelihatan kurang "ceria". Apabila tekanan bertambah, ia mula nampak "jatuh", tidak bermaya dan tidak lagi tegak seperti biasa. Bahagian sisi daun mula kelihatan berkedut dan tidak lagi rata. Apabila semakin teruk, tunas utama layu dan tidak lagi menuding ke langit. Jika lama mengalami tekanan kekurangan air, tumbuhan akan mula menjadi kering dan rapuh.
Layu tidak semestinya tanda tanah kering. Misalnya, di waktu tengahari (panas terik) tumbuhan sengaja layu untuk kurangkan kadar kehilangan air. Ia akan kembali segah apabila cuaca tidak lagi panas selepas tengahari.
Ada tumbuhan lebih cepat layu berbanding tumbuhan yang lain. Misalnya, tumbuhan yang mempunyai daun yang nipis seperti pokok timun cepat layu daunnya berbanding tumbuhan dengan daun yang tebal, misalnya kailan.
Periksa tumbuhan untuk tentukan ia mengalami tekanan kekurangan air di waktu awal pagi atau di waktu malam. Jika tanaman layu ketika ini, itu tanda ia mengalami tekanan kekurangan air yang teruk dan tidak mendapat air yang cukup. Jika anda siram air yang cukup tetapi pokok tetap layu, itu tanda pokok telah dijangkiti penyakit atau akar telah rosak. Misalnya jika anda alih pasu, akar yang merayap keluar daripada pasu telah putus. Pokok tetap layu walaupun tanah dalam pasu tersebut lembap.
Dipetik dari Ebook berjudul "Menyiram" oleh Iskandar Ab Rashid

![]() |
Sayur yang layu di waktu tengahari bukan tanda terkenan kerana kekurangan air. |
Ada tumbuhan lebih cepat layu berbanding tumbuhan yang lain. Misalnya, tumbuhan yang mempunyai daun yang nipis seperti pokok timun cepat layu daunnya berbanding tumbuhan dengan daun yang tebal, misalnya kailan.
Periksa tumbuhan untuk tentukan ia mengalami tekanan kekurangan air di waktu awal pagi atau di waktu malam. Jika tanaman layu ketika ini, itu tanda ia mengalami tekanan kekurangan air yang teruk dan tidak mendapat air yang cukup. Jika anda siram air yang cukup tetapi pokok tetap layu, itu tanda pokok telah dijangkiti penyakit atau akar telah rosak. Misalnya jika anda alih pasu, akar yang merayap keluar daripada pasu telah putus. Pokok tetap layu walaupun tanah dalam pasu tersebut lembap.
Dipetik dari Ebook berjudul "Menyiram" oleh Iskandar Ab Rashid
Selasa, 26 November 2013
Berkebun Di Rumah Untuk Jimatkan Duit Dapur
Ada rakan surirumah yang hubungi bertanya sekiranya ada benih yang boleh membantu keluarganya berjimat. Maklum sajalah, katanya "Sejak harga petrol naik, semua naik. Cuma gaji yang belum naik."
Saya beritahu, semua benih tanamsendiri murah harganya. Walaupun benih yang dijual dengan harga tinggi masih tetap murah. Itu kerana hasil tuaian bermutu tinggi dan amat mahal di pasar. Nak buat macamana, sayur yang dihantar ke pasar pun naik lori, bukannya naik kereta lembu.
Cuma bila berkebun di rumah untuk tujuan berjimat, sebelum membelu apa-apa keperluan berkebun, ambilkira semua opsyen yang ada. Misalnya guna semula bekas yang tidak digunakan sebagai bekas semaian atau tanaman. Sisa dapur dan sisa kebun boleh dikomposkan untuk menghasilkan baja yang berkualiti.
Pilih sayur yang digemari ahli keluarga, dan tidak cerewet penjagaannya. Misalnya lobak putih yang dituai muda enak rasanya. Ia mudah dijaga dan murah. Satu pek 100 benih harganya hanya RM2 melalui tanamsendiri.com.

Benih lobak putih. |
![]() |
Cambahan lobak putih mudah dijaga. |
Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Rosfiza
Sawi yang dibekalkan melalui TanamSendiri.com ada berbagai. Setiap jenis ada keistimewaannya. Hari ini kita nikmati gambar kiriman Rosfiza Abdul Razak. Gambar menunjukkan tuaian Sawi Bakso. Kata Rosfiza sawi ini berbau wangi manis. Memang pun, saya amat setuju. Sawi ini juga menjadi kegemaran kami sekeluarga.
Terima kasih Rosfiza kerana sudi berkongsi gambar.
Terima kasih Rosfiza kerana sudi berkongsi gambar.
![]() |
Tuaian Sawi Bakso, gambar milik Rosfiza Abdul Razak. |
![]() |
Sawi Bakso mempunyai aroma harum yang menyelerakan, gambar milik Rosfiza Abdul Razak. |
Labels:
gambar oleh rakan tanamsendiri,
Rosfiza,
sawi
Keperluan Air Untuk Tanaman Sayur Daun
TANAMAN SAYUR DAUN:
Tanaman sayur daun perlukan air secara berterusan untuk hasilkan daun yang besar dan rangup. Tekanan akibat kekurangan air menyebabkan kualiti daun dan tumbuhan menurun dengan daun yang berserat, rasa yang kurang enak, pahit, dan berbunga lebih awal daripada yang sepatutnya. Jika tanam sayur daun, kekalkan kelembapan tanah dengan menyiram lebih kerap.
Artikel dipetik dari Ebook berjudul "Menyiram" oleh Iskandar Ab Rashid.

Tanaman sayur daun perlukan lembapan yang berterusan untuk hasilkan tuaian yang besar, rangup dengan rasa yang enak. |
Artikel dipetik dari Ebook berjudul "Menyiram" oleh Iskandar Ab Rashid.
Tanam Sendiri -- Kacang Moringa, Kacang Kelor
Kacang Moringa, atau Kacang Kelor nama sains Moringa oleifera adalah kacang yang panjang dan berserat. Isinya enak dibuat kari dan daunnya enak goreng bersama telor. Kacang ini popular di kalangan kaum India.
Saya sendiri suka tuai buah yang muda kerana tidak berserat dan enak dimakan sebagai ulam. Cicah sambal cili, sedap. Orang berketurunan India biasanya tuai kacang yang separuh ranum. Ada juga yang tuai apabila ranum. Bijinya digoreng kering dan dimakan seperti kacang tanah. Lenggai kacang moringa panjang, kira-kira 45 cm.
Akar moringa juga dimakan, rasanya seperti sayur horseradish, sejenis sayuran eropah. Ia digunakan sebagai perisa menggantikan horseradish. Daun, bunga dan ranting juga boleh dimakan.
Ada juga yang menanam pokok ini untuk digunakan sebagai ubat. Secara tradisi daun pokok ini digunakan sebagai ubat cacing (untuk keluarkan cacing dari badan, zaman dulu-dulu), atau dilumatkan dan digunakan untuk mengubat luka akibat digigit anjing. Pokok ini juga dimakan untuk melawaskan kencing.
Daun dan buah kacang moringa sangat berkhasiat. Bahagian daun dan kacang kaya dengan sumber tenaga, lembapan, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, besi, beta-karotena, Vitamin B1, B2 dan niasin.
Tanah
Moringa tumbuh subur dalam tanah gambut dengan saliran yang baik. Ia juga tumbuh subur dalam tanah yang lain.
Air
Moringa perlukan air yang banyak ketika pokok masih muda.
Menyemai
Anda boleh semai dari biji atau batang. Saya lebih gemar semai dari batang kerana akar mudah tumbuh dari batang.
Cara menyemai
Gunakan batang atau ranting kasar sepanjang 1 m. Gali lubang sedalam 0.6 m dan isikan kira-kira 1 kg baja organik (tinja ayam), 200g batu fosfat dan 150g tepung kapur. Masukkan batang moringa dan timbus. Tidak perlu semai di tempat yang teduh.
Kacang Moringa, Kelor, Horseradish tree, Moringa oleifera |
Membaja
Baja secara berkala kira-kira 3 bulan sekali menggunakan baja organik atau NPKMg dengan nisbah 18:11:15:2.5 (CCM 22) sebanyak 60g setiap pokok. Selepas umur 3 tahun gunakan baja NPK dengan nisbah 17:8:17 (CCM 77) sebanyak 120g setiap pokok.
Buah
Kalau tanam dari biji, pokok akan berbuah selepas 4 tahun. Kalau semai dari batang, waktu berbuah adalah lebih cepat.
-------------------------------------------------
Posting asal 4 September 2011
Posting semula 26 November 2013
Labels:
kacang kelor,
moringa,
Moringa oleifera,
tanamsendiri
Gambar hari Ini -- Putik Bunga Tomato
![]() |
Putik bunga tomato dari baka King Kong bersaiz besar. |
Pokok tomato ini adalah dari baka King Kong yang dikatakan menghasilkan buah besar dan lebat. Pada asalnya benih disemai untuk hasilkan anak pokok untuk jualan. Kebanyakan anak pokok terjual kepada rakan-rakan yang tinggal berdekatan sejak awal lagi, iaitu ketika anak pokok dijual dengan harga RM2 satu sel semaian. Apabila pokok semakin besar saya alih ke dalam pasu besar.
Walaupun pokok subur, ramai tidak dapat membelinya kerana pokok terlalu besar dan tidak lagi muat untuk diisi ke dalam kereta. Oleh kerana kekurangan ruang, sebahagian daripada pokok tersebut terpaksa dimusnahkan dan dijadikan kompos. Saya hanya simpan 5 pasu. Dua daripada pasu tersebut dikosongkan dan pokok dialih ke ruang laman depan rumah. Selepas dialih pertumbahan begitu cepat dan kini ketinggian pokok mencecah paras dada. Semua pokok telah menghasilkan bunga tetapi tidak banyak. Ini mungkin kerana batch pertama adalah bunga "belajar." Lazimnya bunga tersebut akan luruh.
Saya anggapkan diri beruntung kerana bunga sulung yang terhasilkan tidak luruh dan putik buah telah muncul di dalam tampuk bunga. Tak sabar menunggu set buah sulung daripada toma ini.
Isnin, 25 November 2013
FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEHILANGAN AIR DALAM TANAH
Berikut adalah beberapa faktor atau penyebab tanah kehilangan air.
SEJATAN: Ketika hari panas, permukaan tanah yang terdedah kehilangan air yang banyak melalui sejatan. Aktiviti berkebun meningkatkan lagi kadar kehilangan air melalui sejatan kerana jumlah permukaan tanah yang terdedah bertambah bertambah melalui pembinaan batas serta aktiviti menggembur tanah.
Tanah berpasir lazimnya hilang kurang air melalui sejatan berbanding dengan tanah liat kerana air masuk ke dalam tanah berpasir dengan lebih cepat membentuk sungkup debu pada permukaan tanah dan kurang tindakan kapilari untuk menyerap air ke permukaan tanah kerana saiz zarah pasir lebih besar daripada zarah tanah liat.
Angin juga meningkatkan kadar sejatan air. Oleh sebab itu, jika kawasan selalu kena angin kencang, bina penghadang angin untuk minimakan kadar sejatan.
Lapisan sungkup menghalang kehilangan air melalui proses sejatan. Ia menghasilkan satu lapisan lembap di permukaan tanah dan selain dari itu, sungkup menghalang cahaya matahari daripada terkena pada permukaan tanah.
TRANSPIRASI: Tumbuhan membantu kehilangan air daripada tanah melalui proses transpirasi. Air yang diserap oleh pokok hilang melalui liang stoma pada daun dan batang hijau. Kadar transpirasi ada kaitan dengan suhu, kelembapan udara dan keamatan cahaya. Di waktu tengahari tumbuhan kehilangan air melalui transpirasi lebih banyak jika dibandingkan dengan waktu mendung sebelum hujan. Angin juga mempengaruhi kadar transpirasi. Lebih banyak air hilang melalui transpirasi apabila daun ditiup angin.
Dipetik dari ebook berjudul Menyiram, oleh Iskandar Ab Rashid.

Tuaian Hari Ini -- Kobis Cina, Daun Moringa dan Cili Kerinting
![]() |
Tuaian hari ini, kobis cina, daun moringa dan cili kerinting. |
Tuaian ini untuk masakan sayur air. Ketiga-tiga tuaian ini enak, berkhasiat, membekalkan asid amino lengkap. Mengenyangkan.
Labels:
cili kerinting,
kocis cina,
moringa
Daun Bendi Boleh Dibuat Sayur
Daun bendi yang ditanam sendiri bebas racun. Orang Amerika tuai dan masak sebagaimana daun lobak putih.
![]() |
Daun bendi yang bebas racun perosak elok dibuat sayur. |
Uji Cambah Benih Maman
![]() |
Benih maman yang diuji bercambah dalam masa 3 hari. |
Benih maman disemai dalam bekas plastik pada 22 November sebelah pagi.
Hari ini, 25 November, cambahan kelihatan.
Saya telah gunakan tanah kompos sowmix yang mempunyai pH 6.5.
Benih maman serasi dengan tanah hampir neutral dengan julat pH 5.5 hingga 7.0. Lazimnya benih akan bercambah dalam masa 3 minggu. Selepas semai pastikan cambahan sentiasa lembap.
Ada beberapa orang rakan yang menyemai benih daripada tanamsendiri.com yang mengadu benih maman tidah bernas. Saya syak, benih bercambah tetapi oleh sebab cambahan terlalu halus, ia cepat kering apabila tanah kering dan tidak meninggalkan apa-apa kesan seolah-olah benih tidak bercambah.
Benih maman ada stok. Harganya RM2 satu pek.
Tanah sowmix juga ada stok. 1 pek 1 kg dijual dengan harga RM10. Jumlah tanah cukup untuk 1 dulang semaian.
Labels:
uji cambah,
uji cambah benih,
ujicambah
Jumaat, 22 November 2013
Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Hafizatuleza
Gambar yang dikongsi hari ini adalah kiriman Hafizatuleza. Hasil tanaman dari kebun di ruamah hafizatul amat menarik kerana semuanya ditanam di dalam pasu. Saya kagum dengan hasil tuaian bendi dan terung yang besar saiznya. Bayam merah autumn juga kelitahan begitu rangup. Terima kasih Hafizatuleza kerana sudi berkongsi gambar hasil tanaman dan tuaian bersama kami.
![]() |
Cili padi dan tomato yang baru berbuah. Gambar milik Hafizatuleza ([email protected]). |
![]() |
Tuaian bayam merah autumn, daun kunyit dan daun bawang. Gambar milik Hafizatuleza ([email protected]). |
![]() |
Tuaian terung, bendi dan lain-lain. Gambar milik Hafizatuleza ([email protected]). |
Labels:
eton zahir,
gambar oleh rakan tanamsendiri
Kompos Bahagian 29 Daripada 40
Jika Waswas, Jangan Letak
Tiada senarai yang muktamad dalam memlih ramuan timbunan kompos. Ikut gerak hati. Jika anda waswas samada selamat untuk meletakkan suatu bahan ke dalam timbunan kompos, jangan letak.Sisa tanaman yang telah dirosakkan oleh bena dan lalat putih boleh diletakkan di dalam timbunan kompos. Ini kerana bena dan lalat putih serta larvanya akan mati di dalam timbunan kompos.
Bahan yang mengandungi telur, larva dan kepompong lalat kobis, larva kekabuh timun, ulat kekek, kulat reput batang, kulat karat dan bahan dijangkiti virus elok dibakar dan jangan diletakkan di dalam timbunan kompos. Buah yang rosak akibat serangan lalat buah juga patut dibakar.
Bersambung Khamis 12 Disember.
Khamis, 21 November 2013
Kompos Bahagian 28 Daripada 40
Kompos Panas
Kompos panas? Ini dah betul betul memasak ni....Kita inginkan kompos panas untuk membunuh rumpai, benih rumpai, dan patogen (makhluk halus misalnya bakteria dan kulat yang membawa penyakit). Macamana tu?
Macamni...
Makhluk perosak dan penyakit yang sebelum ini memakan atau menjangkiti daun tidak akan dapat hidup seperti biasa di dalam timbunan kompos. Jadi janganlah risau tentang makhluk perosak serta penyakit yang sebelum ini menjangkiti daun tanaman atau rumpai. Kulat yang menjangkiti tanaman juga tidak akan tahan lama di dalam timbunan kompos kerana persekitaran di dalam timbunan kompos adalah berbeza dengan persekitaran di atas daun tanaman.
Ada orang gemar membakar sisa kebun di rumah. Ini adalah amalan yang membazir dan mencemarkan udara. Lebih baik jika bahan tersebut diletakkan di dalam timbunan kompos.
Petuanya begini. Lebih lama anda timbun kompos, lebih sedikit makluk perosak akan selamat di dalamnya. Lagipun hidupan yang bermanfaat di dalam timbunan kompos akan membunuh makhluk perosak yang ada.
Bersambung Jumaat, 6.30 pagi.
Rabu, 20 November 2013
Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Mohd Fatah Zainon
Gambar yang dipamerkan hari ini adalah hasil tanaman Sdr Mohd Fatah. Jika diperhatikan semua tanaman dalam gambar tersebut ditanam dalam bekas. Terima kasih Sdr Mohd Fatah kerana sudi berkongsi gambar tanaman kebun di rumah.
![]() |
Anak pokok bunga kobis dan kobis merah summer autumn hasil tanaman Sdr Mohd Fatah. Gambar milik Mohd Fatah Zainon. |
![]() |
Ulam raja tumbuh subur di dalam bekas. Gambar milik Mohd Fatah Zainon. |
![]() |
Buah tomato ceri menunggu masa untuk ranum. Gambar milik Mohd Fatah Zainon. |
![]() |
Kailan di dalam pasu tumbuh subur. Gambar milik Mohd Fatah Zainon. |
![]() |
Tomato yang ditanam menggunakan keratan tunas juga mampu tumbuh dengan subur. Gambar milik Mohd Fatah Zainon. |
Kompos Bahagian 27 Daripada 40
Kompos Rumpai Menyebarkan Benih Rumpai?
Memang ramai yang mengaju solan ini, adakah penggunaan rumpai mengundang masalah rumpai?
Taklah. Pertama, timbunan kompos panas dan akan membunuh sebahagian daripada benih rumpai. Kedua, timbunan kompos mengandungi cacing dan organisma lain yang akan memakan benih rumpai. Lazimnya hampir semua benih rumapi akan dimakan organisma di dalam timbunan kompos.
Sebenarnya, masalah benih tidaklah ketara sangat. Yang ketara ialah akar dan rizom rumpai. Ini kerana timbunan kompos adalah hampir sama dengan keadaan di dalam tanah tempat akar dan rizom tersebut berlindung.
Itu pun janganlah dirisaukan sangat. Kita boleh musnahkan akar dan rizom rumpai sebelum kita mencampurkannya ke dalam timbunan kompos. Negara kitakan panas, gunalah kelebihan ini. Selepas dicabut rumpai, biarkan ia kering berjemur terik matahari. Bila akar dan rizom tersebut kering dan kecut, misalnya selepas 3 hari terjemur, ia akan mati. Lepas itu barulah dicampurkan ke dalam timbunan kompos.
Bersambung Khamis, 6.30 pagi.
Selasa, 19 November 2013
Benih Untuk Dijual -- Set Cayenne
Set Cayenne mengandungi benih cili merah dari baka yang tahan penyakit kulat. Set mengandungi 16 pek dari 5 jenis benih cili merah dan 1 pek selasih wangi. Selasih wangi ditanam sebagai buddy yang membantu pokok cili dengan menghalau lalat putih dan bena.
Set Cayenne mengandungi benih:
1. Cili Merah Abang Pedas (3 pek)
2. Cili kulai (3 pek)
3. Cili Solok kampung (3 pek)
4. Cili Merah Red Spicy (3 pek)
5. Cili Merah Singapore (3 pek)
6. Selasih wangi (1 pek)
Cara menanam ada disertakan.
Setiap Set Cayenne dijual dengan harga hanya RM30.
Pesanan dikirim melalui poslaju.
Jumlah pek terhad. Jangan ketinggalan.
Cara Memesan Set Cayenne:
1. Tentukan jumlah set serta harganya. Jika anda ingin beli 1 set sahaja, harganya ialah RM30.
2. Buat bayaran melalui mana-mana akaun berikut.
Iskandar Ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
3. Kemudian emel [email protected] atau sms 0175009364 dan nyatakan
a) maklumat tentang bayaran,
b) nyatakan "Set Cayenne" serta bilangannya,
c) nama dan alamat penerima benih.
4. Pastikan anda menerima respons daripada kami. Jika tiada respons dalam masa 24 jam, sila SMS maklumat pesanan ke 0175009364 untuk pastikan kami ada menerima pesanan tersebut.
5. Pihak kami akan berikan nombor treking poslaju untuk rujukan.
6. Kiriman dibuat pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.
Labels:
benih untuk dijual,
set cayenne,
set eksotik,
set koleksi
Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Timun Mini Berputik Lebat
Hari ini kita nikmati gambar kiriman Evy. Gambar pertama adalah gambar pokok timun mini yang lebat buahnya. Pokok ini baru peringkat berbunga. Bika dah berbuah nanti pasti laman akan kelihatan ceria kerana baka ini menghasilkan buah yang lebat. Saya sendiri pernah tanam dalam pasu, ia berbuah sehingga 20 biji dalam satu masa. Memang puashati tanam pokok ini. Pastikan ia menerima air yang cukup ketika berbunga untuk elakkan pokok mati kehausan.
Gambar kedua terdiri daripada pokok lobak putih, tembikai panther dan labu kundur. Lobak putih seperti dah sedia untuk dituai. Terima kasih Evy kerana sudi berkongsi gambar tanaman.
Gambar kedua terdiri daripada pokok lobak putih, tembikai panther dan labu kundur. Lobak putih seperti dah sedia untuk dituai. Terima kasih Evy kerana sudi berkongsi gambar tanaman.
![]() |
Timun Mini Green Fiesta hasil tanaman Evy, gambar milik Evy Firman Diana Dee. |
![]() |
Lobak putih, tembikai panther dan labu kundur. Gambar milik Evy Firman Diana Dee. |
Soalan Pengunjung -- Tentang Penggunaan Lampu Sebagai Sumber Cahaya
Salam En. Iskandar,
Saya tinggal di flat dan hanya mempunyai ruang tanpa cahaya yang secukupnya. Saya merancang untuk gunakan lampu sebagai sumber cahaya. Lampu yang bagaimanakah yang sesuai untuk pencahayaan ruang tersebut, apakah watt yang sesuai, berapakah jarak antara lampu dan tumbuhan, dan berapa jamkah patut saya dedahkan kepada cahaya tersebut?
-------------------------------
Waalaikum salam.
Soalan ini sebenarnya agak rumit kerana banyak faktor yang perlu diambilkira. Ini kerana cahaya adalah hasil daripada gelombang elektromagnet. Julat frekuensi gelombang yang berbeza menghasilkan bahagian pertumbuhan yang berbeza. Bagaimanapun sebagai ringkas boleh gunakan maklumat berikut sebagai panduan.
1. Lampu yang bagaimanakah yang sesuai untuk pencahayaan ruang tersebut?
Gunakan lampu yang mengeluarkan cahaya pada julat 3000 hingga 6000K. Boleh gunakan mentol fluorescent biasa dengan kuasa 400W tapi perlu diletakkan dekat dengan tanaman. Ada sumber yang syorkan mentol HID dan ada yang syorkan mentol logam halida.
2. Apakah watt yang sesuai?
Elok gunakan watt yang kecil misalnya 400W tetapi gunakan beberapa mentol berbanding dengan watt yang besar (1000W) kerana lampu dengan watt yang besar hasilkan banyak haba dan ini suatu pembaziran.
3. Apakah jarak yang sesuai?
Keamatan cahaya diukur dalam unit Lumen. Jika diletakkan pada jarak 30 cm daripada kanopi tanaman, ia menghasilkan cahaya yang terkena pada daun sebanyak 50,000 lumen (anggaran sahaja). Pada jarak 60 cm keamatan cahaya adalah sekitar 12,500 lumen.
4. Berapa jamkah patut saya dedahkan kepada cahaya tersebut?
Anda tidak boleh pasang lampu sepanjang hari kerana pokok juga perlu tidur. Jika dipasang lampu sepanjang hari pokok akan mati. Jika tanam sayur, paling lama pasang lampu selama 18 jam. Pastikan pokok mendapat waktu gelap (wajib) selama 6 jam. Jika pokok bunga pasang lampu paling lama 16 jam.

Kompos Bahagian 26 Daripada 40
Ramuan Dari Kebun Di Rumah
Sebelum ini kita bercerita tentang sisa dapur dan ramuan dari dalam rumah. Bahan dari laman luar rumah juga boleh dikompos. Sebenarnya bahan dari kebun di rumah lebih mudah dikompos kerana ia jarang mengeluarkan bau yang kurang enak.
Semua sisa kebun yang hijau boleh dijadikan ramuan kompos. Rumpai, katang sayur, misalnya kobis, kailan pun boleh dikompos. Jika mahu cepat masak, kerat kerat dulu bahan tersebut.
Err, pulur jagung boleh dikompos? Boleeehhhhhh.... Tapi pukul ("katok" kata orang Ganu) dengan tukul dulu untuk pecahkan menjadi cebisan yang lebih kecil.
Ada pula yang risau, sisa keratan rumpai ada benih rumpai, kalau dikomposkan tak kah menjadi benih dan akan sebarkan rumpai? Apa masalahnya, masa tak kompos pun ada rumpai kan? Buat kompos atau tak buat kompos, rumpai tetap aan tumbuh dalam laman kita. Lagipun timbunan kompos panas dari biasa. Benih rumpai lazimnya akan mati. Ada kajian yang telah dibuat tentang benih rumpai dalam laman. Khabarnya ia bukan dari timbunan kompos. Benih tersebut tersebar dari angin, tinja burung.... Dan dari tanaman yang kita beli dari nurseri.
Oklah, kita sambung esok, Rabu 20 November.
Isnin, 18 November 2013
Betik Sekaki Selepas 3 bulan disemai Dah Berbunga
Pokok betik sekaki yang diedarkan melalui tanamsendiri.com berbuah dan dapat dituai kira-kira 6 bulan selepas disemai. Baka ini menghasilkan pokok reneh dengan buah yang besar.
Ramai antara rakan-rakan yang menyemai benih betik sekaki mendapati benih lambat bercambah. Sebenarnya ia memang lambat bercambah, jadi perlu bersabar selepas menyemai benih tersebut. Pastikan tanah sentiasa lembap sebelum benih bercambah. Ia mungkin mengambil masa antara 5 hari hingga 2 bulan bergantung kepada keserasian tanah dan faktor lain.
Untuk rakan-rakan yang tidak sabar menunggu pokok bercambah, kami ada menyemai anak pokok betik sekaki. Kini ada 50 cambahan dalam stok kami. Untuk pembelian cambahan, rakan-rakan perlu datang ambil sendiri.
Gambar menunjukkan anak pokok yang telah disemai oleh Sdr Ramlan Mat Sahat. Pokok ini telah di semai pada bulan Syawal. Kini ia telah mengahsilkan bunga. Pokok separas piunggang.
![]() |
Pokok betik sekaki yang berumur 3 bulan lebih. |
Ramai antara rakan-rakan yang menyemai benih betik sekaki mendapati benih lambat bercambah. Sebenarnya ia memang lambat bercambah, jadi perlu bersabar selepas menyemai benih tersebut. Pastikan tanah sentiasa lembap sebelum benih bercambah. Ia mungkin mengambil masa antara 5 hari hingga 2 bulan bergantung kepada keserasian tanah dan faktor lain.
Untuk rakan-rakan yang tidak sabar menunggu pokok bercambah, kami ada menyemai anak pokok betik sekaki. Kini ada 50 cambahan dalam stok kami. Untuk pembelian cambahan, rakan-rakan perlu datang ambil sendiri.
Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Pokok Tomato
Gambar yang dikongsi hari ini adalah kiriman Norzian KA. Pokok tomato ini ditanam menggunakan benih dari tanamsendiri.com. Untuk pastikan bunga yang dihasilkan lekat dan tidak luruh, pastikan pokok menerima air yang cukup ketika pokok mula berbunga. Terima kasih Norzian kerana sudi berkongsi gambar tanaman.
![]() |
Buah tomato sebelum ranum, gambar milik Norzian <[email protected]> |
![]() |
Buah tomato sedang ranum, gambar milik Norzian <[email protected]> |
Ahad, 17 November 2013
Soalan Pengunjung -- Apa Itu Kaedah Bokashi?
En Iskandar
Boleh jelaskan apa itu kaedah penyediaan baja secara Bokashi?
-----------------
Bokashi adalah kaedah untuk menghasilkan baja kompos yang menggunakan campuran mikroorganisma (makhluk halus) untuk melitupi sisa makanan dengan tujuan untuk mengurangkan bau ketika proses penguraian.
Kaedah ini dipinjam daripada amalan petani jepun beberapa kurun yang lalu yang mencampur (melitupi) sisa makanan yang ingin dijadikan baja kompos menggunakan tanah yang kaya dengan mikroorganisma yang menapai sisa makanan tersebut. Selepas beberapa minggu diperam, petani tersebut akan menanam hasil penapaian tersebut di dalam tanah sehingga ia menjadi sebahagian daripada tanah.
Kebanyakannya menggunakan bahan mikroorganisma yang kini dikenali sebagai mikroorganisma berkesan (Effective Microorganism (EM1)) yang telah diperkenalkan dalam pasaran dalam tahun 1980an.
EM1 digaul dengan bahan berasaskan karbon, misalnya habuk gergaji atau sekam padi atau gandum yang telah digaul dengan gula merah. Bahan tersebut digampur dan diperam di dalam bekas tertutup untuk menghasilkan aktiviti anaerobik selama beberapa minggu sebelum ditanam di dalam tanah.

Benih Kongsi November
Benih kongsi adalah benih yang kami kongsikan bersama melalui blog tanamsendiri.com. Tujuan perkongsian ini adalah untuk memberikan laluan kepada pengunjung yang baru ingin cuba-cuba menanam sayur di rumah. Setiap bukan kami sediakan 3,000 pek kecil benih yang lazimnya mudah menjadi bila disemai.
Untuk bulan ini kami edarkan dua jenis benih kongsi, iaitu untuk pengunjung tanpa membuat pembelian benih dan pengunjung yang membeli benih. Pengunjung yang request benih kongsi tanpa membuat pembelian akan menerima benih sawi menang dan pengunjung yang membeli benih akan menerima benih misteri. Jenis benih hanya akan diketahui apabila menerima kiriman benih.
Kedua-dua benih ini mudah disemai dan dijaga.
Untuk dapatkan benih kongsi tanpa membeli, emel:
Subject: Benih Kongsi November
Maklumat yang diperlukan:
Nama penerima benih
Alamat penerima benih
No hp
Maklumat hanya untuk urusan kiriman sahaja, ia tidak akan disimpan dan tidak akan diedarkan untuk apa-apa tujuan sekalipun.
Jika anda membeli benih, benih kongsi disertakan secara automatik. Jika anda inginkan sawi menang, sila nyatakan.
Jumlah pengunjung yang memohon benih kongsi adalah ramai. Untuk elakkan kekeliruan sila pesan melalui emel [email protected] atau [email protected] sahaja.

Jumaat, 15 November 2013
Kompos Bahagian 25 Daripada 40
Kertas Pun Boleh
Kertas suratkhabar lama dengan kotak lama aja ker boleh jadi ramuan kompos? Oklah semua boleh. Nampaknya terduduk juga kawan kita yang datang beli suratkhabar lama kalau semua masuk kompos ni... Orang bandaran pasti bahagia, dah kurang sampah domestik perlu dikutip dan diproses. Hmmmm.... Majlis Bandaran patut promote ni....
Balik kepada topik kita. Ya semua jenis kertas boleh dikompos. Opps silap, bukan semua.... Hampir semua. Tapi juimpahnya janganlah dalam kuantiti yang banyak kerana sebagaimana dinyakan sebelum ini, kita perlu ikut panduan nisbah C:N.
Ada yang timbulkan isu toksik dalam dakwat cetakan. Itu cerita lama. Sekarang dakwat yag digunakan tidak lagi mengandungi toksik tersebut.
Biar saya olah kembali, kesian pula kawan kita yang buat bisnes beli suratkhabar lama. Gunakan bahan kertas atau kotak yang sukar dikitar semula, muisalnya kertas tisu dan cebisan kotak.
Kertas yang macam mana tak boleh dikompos? Kad yang dilaminate dengan plastik, majalah kertas glossy dan berkilau tidak sesuai dikompos. Bahan tersebut ambil masa yang terlalu lama untuk reput.
Bersambung Selasa, 19 November.
Khamis, 14 November 2013
Kompos Bahagian 24 Daripada 40
Ramuan: Apa Nak Letak, Apa Tak Boleh Letak
Bila sebut ramuan, ada bahan boleh diletak. Ada bahan tak sesuai diletak. Bahan yang sesuai dijadikan ramuan kompos termasuk habuk kopi dan teh terpakai, kapas lama, kain kapas yang dah koyak, kulit telur, kertas suratkhabar lama, kotak lama, bekas telur kertas, kayu ketam (bedding) dalam kandang arnab, tinja arnab, sisa sayuran, dan abu kayu,
Jangan letak habuk dari bekas jamban kucing atau anjing, abu arang batu, hasil tenusu (keju, susu), lampin pakai buang, sisa daging, sisa ikan, minyak masak terpakai, plastik, dan lemak.
Ya, betul ada antara bahan yang saya senaraikan sebagai jangan boleh diuraikan menjadi kompos. Tapi jangan... Ada sebabnya!
Bersambung esok, Jumaat 15 November, tepat 6.30 pagi.
Tuaian Hari Ini -- Sayuran Untuk Lauk Makan Tengahari
![]() |
Tuaian hari ini; kangkung, bendi, daun bawang putih, bawang merah, bayam dan sawi kailan jepun. |
Tuaian hari ini digunakan sebagai ramuan dalam masakan untuk makan tengahari. Sayur hasil tuaian hari ini mudah ditanam dan dijaga.
Ada yang bertanya sekiranya berkebun di rumah benar-benar dapat mengurangkan belanja dapur. Di peringkat awal memanglah berbelanjann menjadi lebih sedikit jika berkebun di rumah. Ini kerana benih serta peralatan perlukan belanja sedangkan sayur yang diharapkan hanya dapat dituai sebulan kemudian. Untuk pastikan aktiviti berkebun benar-benar dapat menjimatkan belanja dapur. pilih benih berkualiti yang menghasilkan cambahan yang tahan penyakit dan mudah dijaga. Yang lebih pentinng dari itu, pilih tanaman yang dimakan. Tiada guna tanam sayur untuk jimat belanja dapur tetapi tiada ahli keluarga yang gemar memakannya. Guna semula bekas terpakai sebagai bekas tanaman. Misalnya tin susu, kotak jus boleh diguna semula sebagai bekas tanaman.
Gunakan tanah topsoil di sekitar rumah. Tidak perlu beli tanah. Anda cuma perlu gaul tanah supaya ia tidak menakung air. Sebagai baja, buat sendiri kompos menggunakan sisa dapur serta sisa keratan rumai, surat khabar lama dan lain-lain bahan organik.
Benih yang mudah bercambah, mudah dijaga serta cepat mendatangkan hasil termasuk kangkung, jenis jenis sawi dan kailan, bendi, roselle, lobak putih, dan kacang panjang.
Stok Anak Pokok
Anak pokok betik sekaki dah habis stok. Yang tinggal 2 pokok telah ada pemilik. Saya ada semai benih baru 2 minggu lepas. benih dah mula merekah. InsyaAllah 2 tiga hari kagi akan muncul cambahan betik sekaki. Anak betik dalam bekas cambahan hanya RM2 satu pokok. Available hujung minggu ini.
Benih longevity belum bercambah. Saya akan announce bila ia available nanti. Saya hanya semai 80 benih.
Selain dari itu, anak sawi Jia Shia sedia untuk dijual. Hanya RM2 satu bekas. Available weekend ini.
Semaian baru hari ini, cambahan untuk dijual:
1. kohlrabi (100 pokok)
2. lobak kampung (100 pokok)
3. kobis hijau semua musim (100 pokok)
4. timun mini green fiesta (50 pokok)

Rabu, 13 November 2013
Kompos Bahagian 23 Daripada 40
Ramuan Kompos
Nampaknya gitulah.... Buat komposni macam masok gok. Ada ramuan tersendiri.Ya betul. Buat kompos seakan memasak. Jika macam itu, bolehkah aktiviti membuat kompos kita sebaut aja "memasak kompos"? Hmmm.... Mungkin boleh.
Tapi jangan risau, kita bukannya nak memasak kek. Kalau masak kek, kalau tersalah ramuan, lain jadinya. Memasak kompos, kalau ramuan kurang tepat kita masih juga akan dapat kompos. Lagipun apa nak disaukan -- ramuan utamanya sampah atau sisa dapur.
Ya betul, sumber utama ramuan kompos dalam rumah adalah dari dapur. Apa-apa saja sisa sayuran adalah ramuan utama kompos. Jangan risau untuk letakkan batang atau kulit selepas menyiang sayur. Walaupun ia kelihatan berserat, ia tetap cepat terurai bila dikomposkan nanti.
Sayur lebihan yang telah dimasak juga boleh digunakan... Tiada masalah. Jadi anda tidak perlu lagi membazir perbelanjaan dapur kerana semuanya boleh dikomposkan.
Saya selalu ada terima soalan, adakah sisa daging dan ikan boleh dikomposkan? Secara teorinya boleh. Ia tidak digalakkan kerana bahan tersebut mengundang lalat dan tikus. Ia juga menghasilkan bau busuk. Jadi, ya boleh digunakan jika anda dapat selesaikan masalah lalat dan tikus.... dan bau.
Bersambung esok, Khamis 14 November.
Selasa, 12 November 2013
Kompos Bahagian 22 Daripada 40
Kalsium Baik Untuk Timbunan Kompos
Jadi, bahan yang kaya dengan kalsium sangat elok untuk timbunan kompos. Ini kerana kalsium bersifat alkali. Ia akan dapat meneutralkan timbunan kompos yang berasid hasil daripada aktiviti penguraian oleh bakteria, iaitu asid organik.Kan lebih mudah tambah aja kapur, macam yang diajarkan untuk kurangkan keasidan tanah?
Oho.... Tak semudah itu. Jika timbunan kompos berasid kerana kurang udara, lebih baik baiki struktur timbunan kompos daripada baiki pH timbunan kompos menggunakan serbuk kapur. Jadi kita perlu fikir cara lain untukl perkaya timbunan kompos dengan kalsium.
Walaupun kebanyakan bahan hijau mengandungi kalsium, kebanyakan bahan kompos secara semulajadi kurang kandungan kompos.
Panduannya begini. Kebihan kayu atau ranting daripada pokok yang telah dipangkas lazimnya mempunyai kandungan kalsium yang rendah. Bahan hijau yang kaya dengan nitrogen, kebiasaannya juga kaya dengan kalsium.
Contoh bahan yang kaya dengan kalsium termasuk rumpai hijau, sawi, lebihan atau sisa sayuran, daun mulberry, kekabu, moringa, dan daun jambu.
Contoh bahan yang kurang kalsium termasuk ranting kayu, kulit kayu, daun kering, batang jagung, lumut dan jerami padi.
Bersambung pagi esok, Rabu 13 November.
Ahad, 10 November 2013
Tanam Sendiri --- Kacang Panjang Dalam Pasu
Jika anda tidak mempunyai ruang bertanah, anda boleh tanam kacang
panjang di dalam bekas. Oleh kerana
kacang tanah memanjat, anda perlukan pancang.
Anda juga boleh letakkan bekas tanaman berdekatan dengan pagar supaya
pokok dapat memanjat.
------------------------------------------
Posting asal 12 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Anda perlukan bekas sedalam 20 hingga 30 cm (8 hingga 12
inci). Isikan bekas dengan tanah atas
(topsoil) yang digaul dengan baja tinja ayam atau kambing dan pasir dengan
kadar nisbah 2:1:1. Siram dengan air dan
biarkan baja mereput selama 1 hingga 2 minggu.
Gunakan pancang kayu sepanjang 1 hingga 1.5 meter (4 hingga
5 kaki). Cucuk di tengah bekas sebagai
tempat pokok kacang memanjat. Pastikan
kedudukan pancang teguh tapi jangan mampatkan tanah.
Dengan menggunakan hujung pensel atau kayu penyepit, buat lubang sedalam 3 cm (lebih kurang 1
inci). Buat beberapa lubang dengan jarak
10 cm. Jika guna pasu seeloknya buat 3
atau 4 lubang.
Masukkan benih dan timbus lubang. Siram degan menggunakan aliran air yang
lembut supaya benih tidak dibawa air.
Letakkan bekas di tempat yang kena cahaya matahari.
Siram setiap hari untuk lembapkan tanah. Jangan siram terlalu banyak sehingga air
bertakung. Benih akan bercambah dalam
masa 3 hingga 7 hari. Bila ada 4 helai
daun, mula membaja menggunakan baja organik 2 minggu sekali. Jika ingin gunakan baja kimia, gunakan baja
NPK dan baja urea. Ikut sukatan pada
bekas baja. Baja setiap 3 hari.
Pokok akan dapat dituai selepas 6 minggu pokok disemai.
![]() |
Pokok kacang panjang dalam pasu. |
------------------------------------------
Posting asal 12 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Labels:
kacang panjang,
tanam dalam bekas,
tanamsendiri
Tanam Sendiri -- Kacang Panjang, Vigna sesquipedalis
Kacang panjang adalah sangat popular di kalangan Malaysia. Kacang muda yang berzat dimakan mentah sebagai ulam. Kacang panjang berasal dari Mexico, Amerika Selatan dan Cina. Ia di tanam di kawasan rata dan di dataran tinggi sehingga 1000 meter dari aras laut.
Kacang panjang perlukan tanah yang lembap dengan saliran yang baik, kaya dengan organik dan digembur. Tanah yang teralu berasid tidak sesuai kerana akan membunuh bakteria pengikat nitrogen yang hidup dalam akar pokok kacang.
Pokok kacang panjang adalah pemanjat dengan melilit.
Membaja
Gunakan baja yang kaya dengan organik. Gaulkan dengan tanah 1 atau 2 minggu sebelum menyemai.
Menyemai
Semai dalam lubang sedalam 3 cm dan jarakkan kira-kira 60 cm. Semai 2 biji dalam satu lubang. Selepas dua minggu, buang anak pokok yang lebih kecil.
Menyiram
Pokok memerlukan banyak air terutamanya 10 hari pertama selepas menyemai. Bagaimanapun, jangan biarkan air bertakung. Untuk kekalkan lembapan tanah, tutup tanah dengan lalang atau jerami padi.
Merumput
Merumput secara manual apabila rumpai mulai tumbuh untuk mengelakkan persaingan baja.
Mencacak kayu
Pokok kacang panjang adalah pokok memanjat. Anda perlu gunakan kayu atau ranting pokok memanjat.
Haiwan Perosak
Haiwan perosak utama pokok kacang panjang ialah lalat kacang (Agromyza phaseoli) yang mengorek batang dan memakan daun. Ulat bulu juga suka memakan daun pokok kacang panjang.
Menuai
Buah dapat dituai selepas 6 atau 7 minggu menyemai.
-----------------------------------------------
Posting asal 11 Mac 2011

Puteri (anak) menuai kacang panjang. |
-----------------------------------------------
Posting asal 11 Mac 2011
Posting semula 10 November 2013
Labels:
kacang panjang,
tanam sendiri,
Vigna sesquipedalis
Benih Untuk Dijual -- Kacang Panjang Green Arrow
Kacang Panjang Baka Green Arrow adalah satu dari baka kacang panjang yang mempunyai lenggai yang panjang berwarna hijau. Pokok menghasilkan tuaian selapas 6 hingga 8 minggu disemai.
5 pek RM10. Setiap pek mengandungi 5 biji benih.
Cara Memesan Benih
---------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
5 pek RM10. Setiap pek mengandungi 5 biji benih.
![]() |
Benih Kacang Panjang Green Arrow |
Cara Memesan Benih
---------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Labels:
benih untuk dijual,
green arrow,
kacang panjang
Benih Untuk Dijual -- Kacang Buncis
Pokok kacang buncis adalah pokok kacang yang memanjat dengan cara melilit. Pokok kacang buncis mudah dijaga. Ia boleh dituai antara 6 hingga 8 minggu selepas disemai.
Setiap pek ada 5 benih. Lima pek harga RM10.
Cara Memesan Benih
------------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Setiap pek ada 5 benih. Lima pek harga RM10.
![]() |
Benih kacang buncis |
Kacang buncis berbuah selepas 6 minggu disemai. |
Cara Memesan Benih
------------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Labels:
benih untuk dijual,
kacang buncis,
Phaselus vulgaris
Benih Untuk Dijual -- Kacang Panjang Baka Memanjat, OP
Kacang panjang baka kampung (OP) iaitu pendebungaan terbuka (open pollination) dari jenis memanjat. Benih dijual dalam pek 5 biji. Lima pek benih dijual dengan harga RM10.00. Anda perlukan ruang serta pancang kayu atau buluh untuk pokok kacang memanjat. Pokok berbuah dalam masa 6 minggu.
Cara Memesan Benih
------------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Labels:
benih untuk dijual,
kacang,
kacang panjang
Benih Untuk Dijual -- Kacang Mata Hitam, Cow Pea
Kacang mata hitam adalah dari keluarga yang sama dengan kacang panjang, cuma lenggai (pod) lebih pendek, iaitu antara 10 hingga 15 cm (4 hingga 6 inci). Walaupun kacang mata hitam ada banyak dijual di pasaraya, isinya telah penuh dengan karbohidrat. Ini menyebabkan rasanya kurang manis. Kacang mata hitam tanamsendiri yang dituai muda, segar enak rasanya kerana isi mempunyai rasa yang manis.
Benih adalah dari pendebungaan terbuka.
Benih menghasilkan pokok renek yang merimbun. Anda tidak perlu memasang pancang. Sesuai ditanam dalam pasu dan di atas tanah. Bunga dan buah muda enak dibuat salad. Buah dapat dituai selepas 6 hingga 8 minggu selepas disemai. Pokok ini mudah ditanam dan dijaga. Sesuai untuk melatih anak-anak berkebun di rumah.

Satu pek mengandungi 5 benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.
Lenggai (Pod) kacang mata hitam yang kering. |
Cara Memesan Benih
------------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Benih Untuk Dijual -- Kacang Panjang Green Crane
Kacang Panjang Baka Green Crane adalah kacang panjang dari baka memanjat. Pokok memanjat dengan melilit. Biji yang dihasilkan berwarna hitam. Pokok boleh dituai selepas 6 minggu disemai.
Lima pek RM10. Setiap pek mengandungi 5 benih.
Cara Memesan Benih
---------------------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Lima pek RM10. Setiap pek mengandungi 5 benih.
![]() |
Benih kacang panjang Green Crane |
Cara Memesan Benih
---------------------------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Labels:
benih untuk dijual,
green crane,
kacang panjang
Benih Untuk Dijual -- Kacang Panjang Ular
Kacang Panjang Ular adalah kacang panjang yang mempunyai kulit yang menggerutu dengan kekacang berwarna putih. Kacang ini lebih gemuk berbanding kacang panjang yang biasa dengan isi yang lebih lemak. Enak kalau digoreng dengan bawang. Di pasar kacang panjang ular dijual dengan harga yang tinggi.
Kacang Panjang Ular |
1 pek mengandungi 5 benih. 5 pek dijual dengan harga RM10.
-----------------------------------------------
Posting asal 17 Oktober 2013
Posting semula 10 November 2013
Labels:
benih untuk dijual,
kacang panjang,
kacang ular,
snake bean
Benih Untuk Dijual -- Kacang Panjang Hard Bean
Kacang panjang baka hard bean dikatakan lebih tahan penyakit, menghasilkan tuaian selepas 6 minggu disemai. Boleh semai terus ke tanah atau ke dalam bekas. Pokok adalah dari jenis memanjat yang menghasilkan kacang panjang yang rangup, enak dimakan sebagai ulam atau dimasak. Anda perlu pasang panjang atau semai berdekatan pagar rumah.
Dapatkan segera.
Satu pek mengandungi 5 benih. Lima benih dijual dengan harga RM10.
Cara Memesan Benih
----------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Dapatkan segera.
Satu pek mengandungi 5 benih. Lima benih dijual dengan harga RM10.
Benih kacang hard bean. |
Cara Memesan Benih
----------------------------------
Posting asal 11 Ogos 2013
Posting semula 10 November 2013
Labels:
benih untuk dijual,
hard bean,
kacang panjang
Sabtu, 9 November 2013
Tanam Sendiri -- Salad
Pelbagai benih salad ada ditawarkan melalui blog tanamsendiri.com
Ada salad yang mengasilkan bola yang padat dan ada salad yang menghasilkan bola yang longgar. Ada pula salad yang mempunyai daun yang longgar dan tidak membentuk bola langsung.
Anda boleh tanam salad di dalam bekas (pasu) atau di atas tanah. Pek yang dibekalkan melalui blog ini cukup untuk ditanam dalam batas di belakang rumah anda. Kalau tanam dalam bekas, anda boleh semai 3 biji benih dalam satu bekas. Pastikan bekas yang anda gunakan diletakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari di waktu pagi. Begitu juga lokasi tanaman, pastikan mendapat cahaya matahari di waktu pagi untuk mendapat saiz daun salad yang besar.

Benih Salad (Selada) Summer Green boleh diperlehi dari blog ini |
Jika tanam di atas tanah, gemburkan tanah terlebih dahulu menggunakan cangkul. Gaulkan dengan bahan organik, misalnya kompos atau baja organik (pellet tinja ayam) dua minggu sebelum anak pokok disemai atau dialih. Tujuan dibiarkan selama dua minggu adalah supaya bahan baja terurai dan sebati dengan tanah. Jika tanam dalam bekas, gaulkan tanah dengan baja organik atau kompos.
Mencambah
Benih salad berlu dicambahkan dalam kehadiran cahaya matahari. Lembapkan tanah semaian dan tabur benih salad. Apabila tunas akar kelihatan keluar daripada benih (lazimnya selepas 2 hari), kutip benih dan mula menyemai.
Menyemai
Semai benih terus di atas tanah dalam lubang sedalam 2 hingga 3 cm. Letakkan 3 benih satu lubang. Jarakkan lubang kira-kira 20 cm jika anda ingin petik daun atau 30 cm jika anda ingin tuai seluruh pokok.
Jika semai dalam bekas, letakkan 3 benih dalam satu lubang sedalam 2 hingga 3 cm. Jika anda inginkan pokok yang padat, letakkan 3 lubang dalam satu pasu. Siram untuk lembapkan tanah. Benih akan mengeluarkan tunas daun dalam masa 3 hari hingga 1 minggu.
Selepas 2 mingggu atau 2 set daun kekal tumbuh, jarangkan pokok. Jangan cabut pokok yang ingin dibuang kerana ini mungkin akan merosakkan akar pokok yang anda kehendaki. Potong pokok yang ingin dibuang dengan gunting kebun. Biarkan pokok yang paling besar dalam satu lubang. Jika anda inginkan pokok yang padat, biarkan dua atau tiga pokok tumbuh dalam satu lubang.
Menjaga
Siram pokok setiap hari untuk pastikan tanah idak terlalu kering tetapi jangan sampai air bertakung. Tanah yang kering boleh menyebabkan pokok mengeluarkan bunga. Pokok yang berbunga menghasilkan daun yang kecil, bergentian dan pahit. Cabut rumpai untuk mengelakkan persaingan nutrien dan air.
Anda mula boleh menuai daun dari 8 hingga 10 minggu. Anda boleh tuai seluruh pokok selepas 10 hingga 12 minggu bergantung pada saiz yang anda kehendaki.
Jika daun salad yang anda tanam rasa pahit, alih ke tempat teduh atau hadang cahaya matahari di waktu tengah hari kira-kira seminggu sebelum dituai.
-------------------------------
(Posting asal 7 November 2011 di bawa ke depan untuk tujuan perbincangan)
Labels:
grow your own,
lettuce,
loose leaf,
salad,
salad selada,
summer green,
tanam sendiri
Benih Untuk Dijual -- Salad Top World, baka f1, 575
Salad Top World, baka f1, US575
Salad ini mempunyai daun kerinting dan tumbuh dengan cepat.
Satu pek mengandungi 50 benih. 5 pek, RM10.00
Cara Memesan Benih
------------------------------------
Posting asal 3 Mei 2013
Posting semula 9 November 2013
Salad ini mempunyai daun kerinting dan tumbuh dengan cepat.
Satu pek mengandungi 50 benih. 5 pek, RM10.00
Cara Memesan Benih
------------------------------------
Posting asal 3 Mei 2013
Posting semula 9 November 2013
Labels:
benih untuk dijual,
salad,
top world
Soalan pengujung--Mengapa Saya Semaian Benih Salad Tak Tumbuh?
Soalan pengujung:
Mengapa saya semai benih salad tak tumbuh? Benih lain semuanya tumbuh. Saya tukar tanah pun tak tumbuh. Benih saya letak dalam lubang sedalam 2 cm.
------------------
Benih salad perlu terdedah kepada cahaya matahari ketika dalam proses percambahan.

Benih Untuk Dijual -- Salad Amerika
Salad Amerika adalah antara salah daun terbuka yang popular ditanam di kawasan tanah rendah. Ia sesuai ditanam di dalam bekas, dan di letak dikawasan redup, iaitu sekitara 80% daripada cahaya sepenuhnya. Salad dapat dituai dalam masa 2 bulan.
Setiap pek mengandungi secara purata 50 benih dijual dengan harga RM10 untuk 5 pek.
![]() |
Salad Amerika. |
Untuk pesan benih, klik di sini.
Cara Memesan Benih
Labels:
benih untuk dijual,
salad,
salad amerika
Kompos Bahagian 21 Daripada 40
Mengapa Faktor Kalsium Penting
Semalam saya nyatakan tentang faktor Kalsium. Ia ada kaitan dengan asid organik yang terhasil dalam timbunan kompos.Bila sebut tentang keasidan, kita tidak akan terlepas dari membincangkan tentang pH. Kepada rakan-rakan yang kurang arif tentang sains ada perkara yang teknikal, jangan risau ia bukannya suatu yang rumit. Bila dah biasa nanti, semuanya mudah diikuti. Mula-mula aja agak keliru sedikit, macam masa mula-mula belajar kayuh basikal di zaman kanak-kanak dulu.
Skala pH menyukat atau mengukur keasidan atau kealkalian suatu bahan di dalam bentuk larutan. Jika larutan sangat berasid, ia mempunyai nilai 1. Jika larutan sangat beralkali, ia mempunyai nilai 14. Larutan yang neutral mempunyai pH 7.
Kenapa saya gunakan perkataan larutan, sedangkan kita membincangkan tentangn tanah, iaitu pepejal? Sebenarnya begini.... Tanah hanya akan menunjukkan sifat keasidan atau kealkalian hanya bila larut dalam air. Dalam bentuk pepejal ia tidak mempunyai sifat asid atau alkali.
Apa yang mempengaruhi keasidan tanah?
Selalunya keasidan atau kealkalian tanah ada kaitan dengan geologi dan iklim. Batuan berasid, misalnya batuan granit atau batupasir di kawasan yang menerima hujan yang banyak lazimnnya menghasilkan tanah berasid. Kawasan yang kaya dengan batukapur dengan jumlah hujan yang sedikit lazimnya menghasilkan tanah yang beralkali. Tak banyak tumbuhan yang boleh hidup dalam tanah yang terlalu berasid (pH kurang daripada 4) atau beralkali (pH melebihi 8). Lazimnya tanaman mampu hidup dengan subur dalam tanah yang mempunyai pH 6 hingga 7.
Tanah neutral sesuai untuk bakteria pengurai di dalam timbunan kompos. Bagaimanapun bakteria lebih gemar tanah yang beralkali sedikit, iaitu pH sehingga 8.5.
Nah.... Dah nampak apakah kaitannya dengan Kalsium?
Bersambung Selasa 6.30 pagi.
Jumaat, 8 November 2013
Tawaran Istimewa Hari Ini -- Melon Super Manis Madu
Tawaran benih super istimewa hari ini?
Rakan-rakan yang pernah semai apa-apa benih melon dari kami pasti tahu keistimewaannya, samada rock melon, honey dew, tembikai dll. Hari ini saya kongsi benih melon super istimewa.
Benih ini hasilkan pokok memanjat yang tahan kulat fusarium. Buahnya lebat, 1 biji 2 hingga 2.5kg dengan aroma manis madu. Tuaian selepas 80 - 100 hari disemai.
Tawaran ini sah untuk hari ini sahaja.
Melon Super Manis Madu
1 pek mengandungi 5 benih, baka hibrida
Harganya RM10 untuk satu pek.
Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
Tiada booking.
Tiada gambar disediakan.
Hanya ada 10 pek.
Untuk pesan, sms atau whatsapp 0175009364

Kompos Bahagian 20 Daripada 40
Faktor Kalsium
Lorr kalsium pulok. Dulu kata karbon dengan nitrogen jer?Itu berdasarkan buku teks. Sebenarnya skop pembinaan kompos yang bermutu tinggi adalah lebih luas. Faktor nisbah karbon nitrogen itu benar, dan boleh diguna pakai. Bagaimanapun saya merasakan ada banyak lagi elemen lain yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan kompos yang bermutu tinggi. Antara elemen tersebut, yang saya rasa tidak sepatutnya diabaikan ialah kalsium.
Hah, mengapa kalsium penting dalam timbunan kompos?
Satu daripada hasil penguraian bahan organik oleh bakteria ialah asid organik. Dalam timbunan kompos yang mengandungi cukup udara, asiid organik diuraikan lagi kepada bahan yang lebih ringkas.
Bagaimanapun dalam timbunan kompos yang tidak cukup udara, asid organik mungkin akan terkumpul menyebabkan timbunan kompos menjadi berasid. Ini akan menjadi masalah kerana bakteria tidak tahan asid.
Jadi apa peranan kalsium? Saya yakin rakan-rakan boleh teka apa peranan kalsium.
Bersambung esok 6.30 pagi.
Khamis, 7 November 2013
Aktiviti Semasa
Kami ada banyak menerima feedback emel dan sms dari rakan-rakan yang telah membeli dan menyemai benih. Ramai yang berpuas hati, kerana menjadi dan ada yang merungut kerana tidak menjadi. Kebiasaannya jika rakan-rakan menghadapi masalah mencambah benih kami cuba mencari puncanya. Ada yang kami dapat membantu, ada yang kami sendiri buntu mencari penyelesaian. Yang paling menggembirakan bila rakan-rakan berpuas hati dan bercerita tentang tuaian mereka. Misalnya ada rakan yang menanam tembikai dan bercerita betapa manisnya hasil tuaian mereka. Katanya, isinya merah menyala tanpa biji walau satu pun. Apa yang lebih mengkagumkan saya apabila menyatakan dia hanya menyemai 1 benih sahaja.
Ada juga yang mesej marah-marah apabila mendapat hasil tuaian. Apabila diminta penjelasan, katanya buah labu botol yang dihasilkan terlalu besar sehingga takut nak makan. Bila ditanya besar mana, katanya panjangnya saja mencecah 5 kaki. Saya ingatkan dia exaggerate, rupa-rupanya tidak. Memang betul hasil tuaian sebesar itu.
"Ish besar tu."
Saya sendiri pun tak tahu baka yang saya jual mampu mencecah sebesar itu. Mungkin lokasi, nutrien dan kuantiti air serasi. Nasihat saya kepadanya, petik ketika buah masih kecil sebagaimana yang dihidangkan. Kalau untuk saya sendiri, itu perkara baik.
Semalam ada terima lagi benih istimewa. Oleh kerana harganya yang terlalu tinggi, saya sendiri pun duduk termenung nak buat macamana. Nak semai sendiri, dah tiada ruang lagi. Dah tiba masa untuk "vertical gardening."
Ada juga yang syorkan buat bengkal satu hari. Cadangan yang bagus, dan insyaAllah akan disempurnakan.
Ramai juga yang sarankan supaya kami jual anak pokok sayur. Sebenarnya cadangan ini bagus, apa lagi untuk saya yang memang gemar menyemai dan memerhati cambahan membesar. Selama ini saya tidak mulakan kerana masalah ruang. Lagipun mana nak letak anak-anak pokok yang tak terjual? Bila difikirkan, apa masalahnya. kan yang saya semai sayur. Jika ia matang tanpa terjual, masuk kualilah. Betul juga.
Jadi, kini anak-anak pokok sayur mula available untuk rakan-rakan yang tinggal dekat. Buat masa ini anak pokok yang avalable ialah:
1. tomato besar (mesti dijual minggu ini, atau bulan depan buat sos tomato sendiri)
2. tomato kingkong (mesti dijual minggu ini, atau bulan depan buat sos tomato sendiri)
3. tomato ceri season red (mesti dihabiskan minggu ini)
4. terung besar purple giant naga
5. terung besar putih snow naga
6. terung mini sejambak
7. roselle
8. bayam spinach
9. kangkung
10. sawi istimewa jin siew
11. sawi renek istimewa warrior
12. labu manis butternut pumpkin
13. labu kundur blue hill
14. petola segi
15. betik sekaki
16. betik 3 kaki (baka longevity)
RM2/bekas cambahan, RM5/pasu kecil (5 1/2"), dan RM10/pasu 1'.

Anak pokok bayam spinach. |

TanamSendiri.com Versi Buku
Alhamdulillah, Buku Tanamsendiri.com Versi Buku Jilid 1 hingga 3 telah diterbitkan dan kini berada di pasaran dan boleh didapati melalui mana-mana kedai buku di seluruh negara. Sekiranya rakan-rakan sukar mendapatkan buku ini melalui kedai buku, boleh pesan dari kami. Cara memesan adalah sama seperti memesan benih.
Pesan 1 set, harganya RM87. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju. Jadi jumlah yang perlu dibayar ialah RM97.
Sila nyatakan jika ingin buku yang ditandatangan penulis.
Untuk membuat pesanan, sila buat bayaran (RM97, iaitu RM87 untuk set buku dan RM10 untuk kendalian poslaju) ke akaun berikut.
Iskandar Ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Kemudian emel [email protected] atau sms/WhatsApp 0175009364 dan nyatakan
a) maklumat tentang bayaran,
b) nyatakan "Set Buku tanamsendiri.com Versi Buku)
c) nama dan alamat penerima buku.
--------------------------
Apa kata pembeli?
Pesan 1 set, harganya RM87. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju. Jadi jumlah yang perlu dibayar ialah RM97.
Sila nyatakan jika ingin buku yang ditandatangan penulis.
![]() |
1 Set hanya RM87. Nyatakan jika ingin buku yang ditanda tangan pengarang. |
Untuk membuat pesanan, sila buat bayaran (RM97, iaitu RM87 untuk set buku dan RM10 untuk kendalian poslaju) ke akaun berikut.
Iskandar Ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
atau
Zaitun Ismail
CIMB
12750009113528
Abdul Rahman bin Iskandar
Maybank
162441150114
atau bayar ke akaun PayPal
[email protected]
Kemudian emel [email protected] atau sms/WhatsApp 0175009364 dan nyatakan
a) maklumat tentang bayaran,
b) nyatakan "Set Buku tanamsendiri.com Versi Buku)
c) nama dan alamat penerima buku.
--------------------------
Apa kata pembeli?
Kompos Bahagian 19 Daripada 40
Untuk Dapatkan Jumlah Air Yang Cukup
Semalam kita bincangkan tentang jumlah atau air yang sesuai di dalam timbunan kompos. Jika kompos terlebih air, aktiviti anaerobik akan berlaku dan ini akan menyebabkan timbunan kompos mengeluarkan bau yang busuk.Air tersebut datangnya daripada bahan hijau kerana bahan hijau secara purata mengandungi 80% air. Jumlah air yang ngam di dalam timbunan kompos ialah antara 50% hingga 60%.
Jadi bahagaimanakah caranya untuk kurangkan jumlah kuantiti air? Penyelesaiannya jga ada di dalam rumah iaitu kertas suratkhabar lama dan cebisan kotak. Ini sekrana ia kering dan mampu menyerap air.
Ya ya betul! Rumusannya, 3 bahagian bahan hijau, 1 bahagian bahan kelabu (kertas suratkhabar lama)!
Dah boleh start buat kompos? Boleh dah.... Tapi tunggu dulu. Kan saya kata ada 40 bahagian artikel ni semuanya. Yang selebihnya kita bincang bagaimana nak sempurnakan kompos kita.
Oh ya, nak tahu bagaimana saya tahu kuantiti air dalam kompos saya? Saya guna alat. Ya cucuk aja probe kat timbunan kompos, keluar bacaan. Perlu ker alat tu? Tak perlu tapi saya suka gejet gejet ni. Boleh guna tangan. Ambil aja segumpal kompos dan kepal tangan kuat-kuat. Jika ada dua atau tiga titik air keluar, ia sempurna! Jika ada banyak air keluar.... Tahniah, tangan anda berbau kentut. Tambah lagi kertas suratkhabar lama ke timbunan kompos.
Bersambung esok.
Rabu, 6 November 2013
Tawaran Benih Istimewa -- Hari Ini Sahaja
Tawaran ini sah untuk hari ini sahaja.
Labu Manis Jongkong Emas
1 pek mengandungi 5 benih, baka hibrida
Harganya RM10 untuk satu pek.
Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
Tiada booking.
Tiada maklumat tentang spesifikasi benih disediakan. Tiada gambar disediakan.
Hanya ada 5 pek.
Untuk pesan, sms atau whatsapp 0175009364
Labu Manis Jongkong Emas
1 pek mengandungi 5 benih, baka hibrida
Harganya RM10 untuk satu pek.
Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
Tiada booking.
Tiada maklumat tentang spesifikasi benih disediakan. Tiada gambar disediakan.
Hanya ada 5 pek.
Untuk pesan, sms atau whatsapp 0175009364
Kompos Bahagian 18 Daripada 40
Jumlah Air Yang Cukup
Sebelum ini kita bincang tentang keperluan air di dalam timbunan kompos. Jika timbunan kompos terlebih air, kompos akan menjadi busuk kerana aktiviti bakteria di dalam timbunan kompos bertukar kepada aktiviti anaerobik.Jadi, apakah kuantiti air yang mencukupi?
Daripada rujukan yang saya buat, kuantiti yang disyorkan ialah antara 50 hingga 60% daripada jumlah berat timbunan kompos.
Alamak! Macamana nak kira ni?
Macam ni...
Sisa dapur, keratan rumput dan lain-lain bahan "hijau" mengandungi 80% air. Oit, ini dah lebih daripada kuantiti yang disyorkan.
Betul tu. Kita perlu kurangkan nilai tersebut.
Kita sambung esok, seperti biasa 6.30 am.
Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Nur Suria Alam
Hari ini saya kongsikan gambar yang dikirim oleh Nur Suria Alam. Kata Nur Suria, tanaman di selangseli antara bayam, kangkung, dan pokok ros jepun. Bayam dan kangkung beli dipasar, dicucuk ke atas tanah. Sayur tersebut dah dua kali berjaya dituai untuk buat kangkung belacan.
![]() |
Pokok ulam raja tumbuh subur. Gambar milik Nur Suria Alam. |
![]() |
Bendi hampur berbunga. Gambar milik Nur Suria Alam. |
![]() |
Pokok kacang panjang dibiarkan melilit di pagar. Gambar milik Nur Suria Alam. |
Terima kasih Nur Suria Alam kerana sudi berkongsi gambar.
Soalan Pengunjung, Tanaman Diserang Belalang
Assalamualaikum En Iskandar,
Saya nak tanya. Macamana nak hapuskan belalang yag memakan daun terutama daun sawi, bayam, dan kangkung?
Sekarang serangan belalang sudah tidak terkawal.
Terima kasih.
![]() |
Pokok bayam diserang belalang. Gambar milik Mohamad Azali. |
---------------------------------------
Terima kasih Mohamad Azali.
Waalaikum salam,
Teruk juga serangan tu. Semburan perosak yang saya letak dalam blog hanya berkesan bila disembur terus ke atas belalang dan ini agak mustahil sebab belalang akan terbang/lompat ke tempat lain mencari perlindungan.
Mungkin jaring (netting) halus seperti kelambu yang ditutup dapat membantu.

Kebiasaannya serangan adalah dalam bentuk sementara. Bila tiba waktunya belalang akan terbang ke tempat lain.
Mungkin rakan-rakan ada cadangan yang lebih praktikal.
Isnin, 4 November 2013
Sayur Daun Perlukan Cahaya Matahari Yang Banyak
Pokok sawi kailan jepun ini lambat pertumbuhannya kerana saya letak dalam pasu kecil di tempat teduh. Bila pokok dah sedia dialih saya letakkan pada ruang yang mendapat cahaya matahari sepenuhnya tanpa terhalang. Kadang-kadang bila lihat anak pokok yang kelihatan lemah, kita bimbang nak letak tengah panas. Tapi itulah hakikatnya, pokok perlukan cahaya matahari untuk membuat makanan. Pokok sawi, kailan, sawi kalilan jepun akan melonjak pertumbuhannya bila diletak di tempat yang cerah dengan cahaya matahari yang tidak terhalang.
Oh ya, saya belum pernah rasa lagi sayur ni kerana ia baka baru. Barangkali masak apa ya best?
Oh ya, saya belum pernah rasa lagi sayur ni kerana ia baka baru. Barangkali masak apa ya best?
![]() |
Sawi Kailan Jepun. |
Gambar Hari Ini -- Pokok Cekur Berbunga
![]() |
Pokok cekur berbunga. |
Bila saya letak gambar ni di laman facebook (http://www.facebook.com/tanamsendiri) ramai yang respons berkait dengan saiz daunnya. Kata rakan-rakan, daun cekur ni lebih besar dari biasa. Sebenarnya saya kurang arif tentang pokok cekur. Jadi saya tak tahu saiz biasa daun cekur. Mungkin sebab saya dah gaul baja organik sebelum senanam, semua pokok yang tumbuh dalam ruang ini lebih besar daripada biasa.
Saya tanam dua jenis cekur iaitu cekur hitam dan cekur putih. Pokok yang sedang berbunga ini adalah pokok cekur hitam. Saya amat suka dengan bentuk bunga ini yang unik. Walaupun begitu bunga ini hanya mekar satu hari sahaja.
Akibat Terlebih Baja Pokok Terkurang Baja?
Kebiasaannya bila daun pokok cili yang saya tanam menjadi pucat, saya biarkan saja kerana masalah tersebut akan selesai dengan sendiri. Bagaimanapun ia menarik perhatian saya kerana ramai daripada rakan-rakan yang berkunjung bertanya soalan yang sama.
"Kenapa jadi begitu?"
"Bagaimanakah cara menyelesaikannya?"
Sebenarnya ada banyak kemungkinan berlaku sedemikian. Jika rakan-rakan pernah baca posting saya sebelum ini, saya selalu nyatakan bahawa kita tidak mungkin letak terlebih baja, jika gunakan baja organik. Sebenarnya kenyataan tersebut tidak selalunya betul.
Misalnya sekarang musim hujan, tanah yang kaya dengan bahan organik serta sentiasa lembap, kena pula dengan suhu di negara kita yang tinggi, semuanya amat elok untuk pertumbuhan bakteria. Bukan, maksud saya bukan bakteria jahat. Bakteria yang baik untuk tanaman.
Ada di antara bakteria befungsi mengikat sebatian nitrogen. Ini elok jika sebatian tersebut dapat diserap oleh tanaman. Ada pula bakteria yang mengikat nitrogen kepada bentuk sebatian yang tidak dapat diserap oleh tanaman. Bila ini berlaku, tanaman akan kekurangan nitrogen.
Masalah ini lazimnya tidak kekal. Bila baja organik dah kurang, bakteria akan uraikan kembali sebatian nitrogen kepada sebatian yang lebih ringkas yang boleh diserap oleh tanaman. Bila ini berlaku, daun akan kembali berwarna hijau tua.
Keadaan ini lazimnya tidak mengganggu performans pokok tersebut untuk berbunga dan berbuah jika kita menanam di rumah. Jika menanam secara komersial mungkin petani akan gusar kerana jumlah tuaian mungkin kurang "sedikit."
Jika warna hijau muda tersebut kurang enak dipandang, rakan-rakan boleh selesaikan dengan menyembur teh kompos secara terus ke atas daun. Jika tidak mengamalkan penanaman organik sepenuhnya, rakan-rakan boleh sembur baja foliar ke atas daun.
Saya sendiri? Saya akan hanya biarkan saja kerana pokok cili tersebut akan pulih bila baja dalam pasu dah kurang. Yang pasti, saya tidak akan tambah baja ke dalam bekas tersebut.
"Kenapa jadi begitu?"
"Bagaimanakah cara menyelesaikannya?"
![]() |
Daun pucat, mungkin kerana terlebih baja. |

Jumaat, 1 November 2013
Kompos Bahagian 17 Daripada 40
Kalaulah Terlebih Air, Apa Akan Jadi?
Apa jadi kalau terlebih air?Air memenuhi ruang. Kalau tiada air, ruang tersebut diisi oleh udara. Kalau jumlah air cukup, ruang tersebut mengandungi air dan udara. Kalau terlebih air, ruang tersebut dipenuhi dengan air. Udara? Tiada.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, tanpa udara mikroorganisma (hidupan seni) tidak lagi bernafas dengan udara. Hidupan tersebut akan bernafas tanpa udara.
Akibatnya -- Toot toooot! Bau kentut! Tak nak!
Timbunan kompos akan berbau busuk.
Banyak mana air dikatakan cukup?
Macamana nak kira?
Kita sambung selepas awal Muharam, iaitu pada pagi 6 November 2013.
Selamat Menyambut Hari Deepavali untuk rakan-rakan yang merayakannya.
Selamat Menyambut Awal Muharam.
Langgan:
Catatan (Atom)