Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 21 Oktober 2013

Tanaman Untuk Musim Hujan

Sekarang hujan mula turun hampir setiap hari.  Cuaca begini memang seronok jika berkebun di rumah kerana keadaan yang mendung tidak terlalu panas untuk aktiviti di luar rumah.  Pokok pun tidak perlu disiram selalu, cuma rumpai cepat naik.  Itu tiada masalah, boleh merumput seminggu sekali terutamanya hujung minggu.

Pokok apa yang sesuai ditanam kalau air bertakung?
Jika kawasan di rumah mempunyai air bertakung bila hujan, elok dibuat alur untuk alirkan air tersebut, atau gaul tanah dengan pasir.  Bagaimanapun, jika masa berkebun terhad, boleh ditanam dengan tanaman yang sesuai.  Tanam tumbuhan yang suka air.  Antara tanaman yang dimaksudkan termasuk maman dan kangkung.  Kesom, keladi dan kadok juga suka air, tapi saya tiada stok benih.

Kangkung tahan air bertakung.

Kesom yang mempunyai bau yang wangi pedas enak dijadikan ramuan makanan. Ia tahan air bertakung.


Ketika musim begini, kobis, sawi, terung, cili, tomato, timun -- semuanya akan tumbuh dengan subur.  Jadi, inilah masanya untuk menyemai.  Hanya pokok herba seperti rosemary yang tidak tahan dan mungkin akan diserang kulat.  Itupun jarang-jarang aja berlaku.

Hujan bukan alasan untuk tidak berkebun.  Seronok semain dengan tanah bila cuaca mendung.  Badan pun tidak terdedah kepada terik matahari.

Benih kangkung dan maman masih banyak dalam stok.  Boleh pesan melalui blog ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan