Kacang hijau kering lazimnya dimasak menjadi bubur. Bijinya dicambahkan untuk dijadikan taugeh. Lenggai (pod) kacabg hijau yang masih muda enak dimasak sebagaimana kacang buncis. Kacang hijau kaya dengan protein. Benihnya bulat sfera berwarna hijau dengan diameter 6 mm.
Tanah
Pokok kacang hijau tidak cerewet. Ia sesuai ditanam dalam semua jenis tanah.
Lokasi
Pilih kawasan yang mendapat cahaya penuh tanpa terlindung.
Menanam
Semai terus ke tanah atau bekas yang besar. Anak pokok kacang hijau tidak perlu dialih.
Menyemai
Rendam benih kacang hijau selama 2 jam di dalam air suam.
Tanam di dalam lubang sedalam 1/2 inci (1 1/2 cm).
Jarakkan 15 cm antara lubang.
Siram dan kekalkan tanah lembap secara sekata.
Pokok kacang hijau bercambah dalam masa 3 hari.
Penjagaan
Tabur bahan kompos di permukaan tanah untuk mengelakkan tanah daripada menjadi kering.
Pokok kacang adalah pokok melilit. Jika dipasang pancang ia akan menamjat dengan melilit batangnya ke pancang. Jika tidak dipasang pancang ia akan tumbuh merimbun.
Merumput setiap minggu untuk elakkan pertandingan merebut air, ruang dan nutrien.
Menuai
Leggai kacang hijau sedia untuk dituai selepas 70 hingga 100 hari. Tuai lenggai bila bejinya kelihatan berisi. Ia enak dimakan seperti kacang pea. Jika ingin kacang yang kering, biarkan lenggai kering di pokok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan