100g salad pepperomia mengandungi 277mg kalium, 1.1g karbohidrat, 0.5g protein, 0.5g lemak, 94mg kalsium, 13mg fosforus, 4.3mg ferum, 1250mg beta karotin dan 2mg asid askorbik (Vitamin C).
Selain dibuat salad, daunnya boleh dikeringkan dan dibuat teh (infusion).
Daun salad pepperomia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya di India. Ini kerana bahan tersebut mempunyai ciri anti-bengkak dan sebagai penahan sakit. Ia juga mempunyai ciri antibakteria yang melawan Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Pseudomonas aeruginosa, and Escherichia coli.
Air rebusan dijadikan minuman untuk mengurangkan asid urik. jadi ia sesuai dijadikan ubat gout dan untuk mengubat masalah buah pinggang.
Rebus 1 ½ cawan pokok pepperomia dalam 2 cawan air selama 15-20 minit.
![]() |
Salad pepperomia. |
Info Menarik ni
BalasPadamoh, selalu jumpa kat rumah.. ingatkan semak samun je.. :)
BalasPadammacam biasa tengok daun tu...tp mmg sah tak tau apa namanya :)
BalasPadamRasa 'mint'.. Hehe.. :)
BalasPadamtq info. baru tahu. selama ni akan cabut buang bila ia ada di sekitar pokok yg ditanam. rupanya boleh makan ye. berubat pulak tu. lepas ni tak buang dah!... sgt berterima kasih atas maklumat ini...
BalasPadamPernah mkn sekali...banyak tumbuh kat kwsn pejabat sy. campur dgn daun salad, tuang sos thousand island..rs mint yg kuat
BalasPadamkalau buat salad tu mentah ke atau dicelur dulu?
BalasPadamSaya makan mentah aja. Tapi pastikan dibasuh terlebih dahulu.
PadamSaya pernah makan untuk sakit sengal kaki. Alhamdulillah. Dah 3 tahun tak sakit lagi.
BalasPadamTerima kasih Sdr. Harun.
PadamMaklumat yang berguna.