Bagaimanapun, ketika ini musim hujan, jadi tanaman tidak kehausan terlalu lama, itulah harapan kami. Tanaman di belakang rumah tiada masalah kerana saya pasang sistem titis yang dilengkapi timer. Tanaman di depan rumah tidak dilengkapi sistem titis.
Walaupun ada pelbagai cara untuk menghindari tanaman daripada mati kehausan, patch depan rumah sengaja saya biarkan begitu sahaja untuk melihat sendiri tahap kerosakan jika ditinggalkan selama 5 hari.
Pokok kobis ini, saya dapati layu setelah ditinggalkan selama 5 hari. Bagaimanapun daunnya tidak menunjukkan tanda kering yang melampau. Bila kembali, saya hanya siram dengan sedikit air.
Keesokannya, saya dapati pokok kobis tersebut segar semula.
![]() |
Gambar 1. Pokok kobis dalam bekas kelihatan layu selepas ditinggalkan tanpa disiram selama 5 hari. Gambar 2: Pokok kobis segar semula dihari keesokannya, selepas disiram selepas kembali dari bercuti. |
Tiada ulasan:
Catat Komen