Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 11 Oktober 2013

Perubahan Pada Kualiti Benih

Setelah membuka blog ini serta menukar aktiviti utama daripada penulisan dan fotografi ke berkebun di rumah saya dapati ada banyak perubahan yang berlaku kepada kualiti benih yang saya terima.  Misalnya jika dulu, benih sawi kelihatan tiada beza dengan biji sawi yang dijual di pasar (dari segi rupa), kini ia dibersihkan dan disalut dengan bahan yang membuatkan benih kelihatan begitu menarik.

Kalau dulu hanya benih bersaiz besar disediakan sebegini rupa.  Mungkin kerana pehak pengeluar benih kini mempunyai kaedah serta mesin yang canggih yang memungkinkan membuat penyediaan benih sebegitu rupa.

Benih terkini yang saya terima ialah sawi Jin Siew.  Bila buka saja tin benih, saya hanya mampu menyebut "Wow...", terus tak sabar untuk menyemai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan