Ahad, 6 Oktober 2013

Labu Botol Pesta Tanglung, Berbaloi Tanam


Pokok Labu Botol Pesta Tanglung adalah sejenis labu air yang menghasilkan buah yang lebat.  Pokok memanjat menggunakan sulur paut.  Oleh sebab itu pokok ini memerlukan kawasan yang lebih sedikit.  Bagaimanapun berbaloi tanam pokok ini.  Pucuknya boleh dituai dijadikan sayur dan buahnya pula memang lebat.

Labu botol "Tanglung Hijau".


Benih saya dapat dari Kemaman.  Asal benih dari Thailand.  Ia menghasilkan buah dalam sekitar 15 biji.  Kalau dijaga dan dibaja boleh dapat banyak lagi.  Berat buah sekitar 1.5kg hingga 4kg.  Buah ini di pasar dijual dengan harga RM3.50 sekilo, jadi sebiji boleh mencecah sehingga RM14.
Benih baru RM2 satu pek.  Dalam 1 pek ada 5 benih.  Kita ambil kiraan kasar.  Jika dari 5 benih dapat hanya 3 pokok, 1 pokok 15 biji, jadi 3 pokok 45 biji. 1 buah beratnya 2 kilo, jadi RM7 sebiji.  Darab 45, dapat RM315.  Ok lah tolak belanja pasu RM15 dan baja RM10, baki RM210.
Belanja RM2 dapat RM290 dalam masa 12 minggu, berbaloi tak?  Belum tolak aktiviti riada ketika berkebun.  Puas hati.  InsyaAllah saya akan letak resepi cara memasak labu air.

Hari ini, letak cara tanam dulu. :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan