Jumaat, 18 Oktober 2013

Kompos Bahagian 9 Daripada 40

Pemakanan


Komuniti dalam kompos yang membuatkan kompos berkhasiat untuk tanaman macam kita juga. Ia perlukan makanan yang seimbang. Jadi, kita perlu letak bahan-bahan yang dikatakan makanan yang seimbang sahaja -- untuk komuniti dalam kompos. Hmmmm gitu pulok.

Ya lah, komuniti dalam kompos perlukan tenaga. Mana nak dapat tenaga? Dari bahan yang kita komposlah. Karbohidrat membekal tenaga. Tak susahkan, balance balance nasi, kerak roti, kentang dan lain-lain yang tak habis dimakan, kompos. Ia membekalkan tenaga kepada sahabat kita di dalam tong kompos tu.

Dalam tumbuhan, bahan karbohidrat yang utama adalah di dalam selulos, iaitu poliomer gula. Sebab ia polimer, kita susah nak pecahkannya kepada bentuk yang lebih rengkas.... Tapi komuniti dalam kompos boleh pecahkan.

Selain daripada karbohidrat, komuniti dalam kompos juga perlukan nitrogen dan fosforus untuk bina protein dan molekul lain yang penting untuk pertumbuhan.

Karbohidrat pula mengandungi karbon yang penting untuk membina tenaga dan bahan lain dalam badan organisma kompos.

Jadi tiga elemen utama di sini, karbon, nitrogen dan fosforus. Biasanya bila kita nak buat kompos, ada dua perkara yang selalu diambil kira, iaitu karbon dan nitrogen. Tenikal sangat ni, tak boleh ringkas lagi ker? Boleh....

Kita sambung Selasa 22/10/13. Seperti biasa, pukul 6.30 pagi.

2 ulasan:

  1. Mungkin Tuan boleh ringkaskan kepada nisbah C:N. Kalau terang macam ni, bakal memeningkan kepala orang bukan teknikal gardening.

    BalasPadam