Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 16 Oktober 2013

Kompos Bahagian 7 Daripada 40

Tanah Hidup

Orang selalu bertanggapan tanah itu mati, sebab bila kita mati, akan disimpan dalam tanah.  Tanah tak mati.  Kita disimpan dalam tanah sebab kita akan di recycle.  Ingat manusia aja yang tahu kitar semula barang yang telah digunakan?  Manusia itu sendiri pun akan kena kitar semula!

Saya ulangi, tanah tidak mati. Ia mengandungi pelbagai organisma yang saling berkait.  Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, dalam tanah ada komuniti organisma tersendiri.

Ada kutu tanah, ada cacing tanah, ada nematod, ada protozoa, bakteria dan lain-lain.  Yang kita kenal, lipan, ulat gonggok, cacing tanah, dan entah apa-apa lagi.  Semua tu ahli komuniti tanah.  Hidup semuanya.

Ok, ingat ni.
Tanah sihat akan mengurniakan tanaman yang subur.
Tanah yang bertenaga menghasilkan tanaman yang bertenaga yang mampu melawan penyakit dan serangan makhluk perosak.

Tanah yang sakit akan menghasilkan tanaman yang tidak bermaya.
Tanah yang lesu menghasilkan tanaman yang lesu.  Makhluk perosak gemar menyerang tanaman yang lesu.

Kompos yang anda buat itu sendiri mempunyai komuniti tersendiri.  Jangan cemas bila terjumpa ulat gonggok, cacing, lipan, kutu tanah dan lain-lain.  Itu semua sahabat kebun.  Cuma, lipan tu, susah sikit nak cerita.  Bimbang kalau anak anak tepijak sebab lipan kalau terpijak akan menyengat.  Ouch.... Sakit.... Bengkak.  Kalau saya jumpa lipan besar, saja buat apa yang Mi (mak) saya buat....

Sebut "gajoh   gajoh... gajoh.... " Lepas tu siram dengan air panas. :P
Ada orang lain buat gitu?

Bersambung esok, 6.30 pagi...

1 ulasan:

  1. Siram dgn air pnas En.Is? huhu...knp tak katok aje? :-P

    BalasPadam