Selasa, 15 Oktober 2013

Kompos Bahagian 6 Daripada 40

Jaga Tanah

Tanah yang kita guna untuk menanam perlu dijaga.  Jaga; bukan hanya dengan membubuh baja.  Jaga; maksud saya kita perlu beri makan.  Ya, beri makan.  Macamana?  Tabur kompos.

Kompos memang banyak faedahnya.  Jika lihat poisting gambar saya selama ini, anda pasti sedar betapa kompos memanfaatkan tanah hingga ia membalas jasa dengan menjaga tanaman hingga tanaman mampu menganugerah tuaian yang segar dan besar.

Bila tabur aja kompos di permukaan tanah sebagai sungkup, ia membantu membunuh rumpai dengan menghalang rumpai daripada mendapat cahaya matahari.  Tak ada cahaya, rumpai mati.  Kompos juga mampu kekalkan kelembapan tanah, jadi kalau balik kampung ketika raya (seperti hari ini) tak perlu risau sangat sebab kelembapan tanah terpelihara.  Tak siram dua tiga hari tak ada masalah.

Rasanya saya dah cerita tentang fungsi kompos sebagai sungkup.  Yang kita nak tahu, apa ada dalam kompos sehingga tanaman suka sangat.

Ok ok, izinkan saya beruitahau.  Kompos kaya dengan nutrien.  Ia kaya dengan nitrogen dan fosforus.  Pokok perlukan nitrogen dan fosforus.  Ia penting untuk pertumbuhan tanaman.  Bila ditabur, bahan organik dalam kompos terurai, kira macam baja slow release.  Bila suhu tinggi penguraian semakin cepat.  Ia elopk sebab pada suhu tinggi pokok perlukan lebih nutrien kerana pertumbuhan lebih pantas pada suhu tinggi.
Jadi kompos boleh dikatakan macam bank lah.  Bila perlu, pokok withdraw.

Macam ni, pokok perlukan tiga bahan iaitu air, udara dan nutrien.  Kompos mengandungi ketiga-tiga bahan tersebut.

Bersambung esok pukul 6.30 pagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan