Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 11 Oktober 2013

Kompos, Bahagian 4 Daripada 40

Apa Itu Humus?

Bahan organik mereput secara berterusan. Apabila ia mereput hingga tak dapat reput lagi, ia menjadi humus. Biasanya anda boleh hihat humus pada permukaan tanah. Ia seperti habuk kopi.

Bahan di antara bahan organik yang asal (sebelum reput) dan humus (habis reput) adalah kompos.

Mana Yang Lebih Elok, Humus Atau Kompos?
Humus dah tak ada apa. Yang tinggal hanya hampas. Bagaimanapun oleh kerana ia mampu menyimpan air, humus biasanya elok digunakan untuk mencambah benih. Tanaman perlukan nutrien, jadi kompos lebih elok berbanding humus.

Boleh Tak Kita Buat Kompos Dengan Segera?
Mana boleh. Proses pereputan adalah proses yang perlahan. Kita perlu sediakan persekitaran yang sesuai untuk proses pereputan, supaya kita boleh dapatkan kompos dengan cepat. Walaupun begitu, jangan mimpi nak dapat kompos dalam masa 3 hari. Ia proses yang perlahan. Perlu sabar.


Bersambung esok, 6.30 pagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan