Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 26 Oktober 2013

Kompos Bahagian 15 Daripada 40

Ranting Lambat Terurai, Mengapa Ya?
Ada yang tak suka bila tambah ranting. Katanya lambat terurai! Dah biasa kan? Terkejar kejar ke sana sini. Pagi terkejar pergi kerja, balik terkejar nak masak. Tengahari terkejar nak ambil anak. Sapa lambat depan, beam. Harass semua orang yang melambatkan. Last last tak kemana pun, tersadai atas sofa depan TV.
Silap-silap jadi bahan kompos sebelum waktu yang sepatutnya.

Gardening pecahkan rutin yang tak elok. Ia mengajar kita bersabar. Ranting melambatkan penghasilan kompos? Tak juga, ia membaiki struktur kompos. Boleh guna campur terus aja ke tanah. Kalau tak suka boleh ayak asingkan ketulan ranting dengan kompos masak.

Ranting adalah gentian yang bakteria susah nak uraikan. Bukan tak urai, tapi lambatlah sedikit. Tapi kadang-kadang ada kulat baik yang bantu urai. Kita selalu cemas kalau kompos ada kulat. Yang putih seperti serbuk dalam kompos tu. Ia bukannya musuh. Ia tetap baik untuk kompos.

Yang bawa penyakit pada tanaman tu kulat jahat. Sebenarnya yang jahat tu tak banyak, tapi ia paling ketara. Pokok subur selama ni jasa kulat baik kita tak nampak. Sekali aja kulat jahat rosakkan tanaman, yang itu kita ingat sampai bila-bila. Tapi ada penyelesaiannya, jangan bimbang.

Oh ya, jika tiada ranting, boleh guna kertas terpakai. Suratkhabar lama elok dikomposkan. Tapi elakkan guna kertas berkilau dan kertas yang dilaminate. Plastik pada permukaan kertas tersebut tak diuraikan.

Persambung hari Khamis, 6.30 pagi.

1 ulasan:

  1. Tanah saya ada banyak anai2. Pernah cuba buat kompos habis kena buang semuanya sebb anai2. Ada tak cara lain buat kompos selain gali lubang.

    BalasPadam