Jumaat, 25 Oktober 2013

Kompos Bahagian 14 Daripada 40

Penguraian Kompos Adalah Proses Aerobik

Ingat dua hari lepas saya kata makhluk halus (mikroorganismalah, mu excited selalu... Ingat mistiklah tu.... Cheeeeh) perlu bernafas? Proses penguraian kompos adalah proses aerobik. Bukan erobik eksersais kat padang setiap pagi ahad tu! Aerobik ni proses pernafasan guna udara! Hah! Ada pernafasan tak guna udara, tapi..... busuk!

Ok, macam ni, biasanya timbunan kompos kehabisan udara lama sebelum kehabisan makanan. Kalau timbunan kompos kehabisan udara, bakteria lemas dan mula bernafas tanpa udara (disebut anaerobik, perkataan besar lagi, tapi jangan takut). Bila bakteria bernafas tanpa udara, ia membebaskan amonia dan gas hidrogen sulfida. Gas apa? Tak pernah dengarlah. Oklah, senang cerita, gas bau kentut. Busuk tu. Nanti jiran marah.

Tak nak, tak nak kompos bau kentut. Nak kompos bau tanah, bau bersih.

Kalau nak kompos bau bersih, pastikan timbunan kompos cukup udara. Biasanya kalau baca buku tentang kompos atau artikel dalam Internet, mereka suruh sentiasa gaul kompos. Siap ada jual alat lagi untuk gaul kompos. Soalan saya, larat ker? Lepas seketika, bila bahan kompos terurai, ia jadi mampat semula. Kena gaul lagi, esok gaul lagi, lusa gaul lagi, tulat gaul lagi.... Bila nak menanam? Asyik gaul kompos jer. Bahan-bahan yang kaya dengan nitrogen terurai dengan cepat, timbunan kompos akan cepat mampat.

Cara yang lebih praktikal, tambah aja bahan ranting, bahan gentian. Ia lambat terurai jadi, kompos tak mampat. Timbunan kompos akan tetap ada udara. Makhluk halus tak lemas. Jadi, tak perlulah gaul, dan gaul, dan gaul.... Mudahkan?

Bersambung esok, 6.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan