Rabu, 23 Oktober 2013

Kompos Bahagian 12 Daripada 40

Karbon Dalam Kompos Di "Bakar"

Karbon dalam kompos dibakar oleh bakteria untuk dapatkan tenaga. Ingatkan pyromaniac yang begitu ramai kat taman-taman perumahan aja yang suka membakar sampah kat mana ada ruang kosong sampai jiran-jiran yang ada anak asma terpaksa rush ke spital nebulise sebab anak sesak nafas. Bakteria pun membakar, tapi tak membuatkan anak orang kena asma. Marah ni kat pyromaniac... Aish melalut pulak, balik pada topik kompos.

Oleh kerana respirasi dalam timbunan kompos, nisbah C:N sekitar 30 akan menghasilkan kompos dengan nisbah C:N 10 hingga 15.

Daripada maklumat ini, kita tahu, elok juga ditambah ranting kayu, kertas dan sisa dapur ke dalam timbunan kompos. Walaupun ia susah nak reput, ia tetap baik untuk kompos.

Oh ya, satu lagi alasan mengapa bahan-bahan tersebut elok untuk timbunan kompos. Selain dari makan, mikroorganisma dalam kompos juga perlu bernafas (respirasi). Ni satu lagi prinsip yang akan dibincangkan nanti. Cukup ker 40 bahagian artikel kompos. Macam tak cukup jer....

Bersambung esok, 6.30 pagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan