Nisbah C:N Yang Sesuai
Nah kita dah bercakap tentang pemakanan yang seimbang untuk tanaman. Macam berbincang tentang dietlah pulok. Kita nak tanaman sihatkan? Kenalah ikut petua ni? Dok kan kita aja nak comel. Tanaman pun biar comel jugok.Oleh kerana nitrogen amat penting untuk membina protein, anda mungkin terlintas untuk gunakan bahan yang mempunyai nilai C:N yang paling rendah yang mungkin untuk membuat kompos. Pendapat ini mungkin dikukuhkan lagi kerana mikroorganisma (makhluk halus) yang membantu menguraikan kompos itu sendiri mempunyai nisbah C:N anda 4 hingga 9 (kita pun mempunyai nisbah yang serupa bia dikomposkan nanti, :P).
Walaupun begitu, sabar dulu. Bahan yang kaya dengan nitrogen tidak bagus untuk timbunan kompos kerana mengeluarkan bahan yang tidak elok untuk udara dalam timbunan kompos tersebut. Lagipun, bakteria dalam timbunan kompos tidak hanya perlukan nitrogen untuk terus membiak. Karbon juga diperlukan untuk di"bakar" atau kata orang sains, respirasi. 2/3 daripada karbon yang dibakar oleh bakteria dibebaskan sebagai karbon diksida.
Jadi, nisbah C:N yang sesuai adalah sekitar 30. Ingat ya, 30.
Bersambung esok, 6.30 pagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan