Sabtu, 19 Oktober 2013

Kompos Bahagian 10 Daripada 40

Makanan Seimbang

Semalam ada saya sebut dua elemen yang diambil kira iaitu karbon dan nitrogen. Biasanya kita sebut nisbah karbon dan nitrogen iaitu nisbah C:N. Macamana nak cerita ni? Macamnilah. Katalah kita makan nasi. Kita letak nasi, ikan dan sayur. Yang paling banyak ialah nasi, kemudian sayur, dan ikan. Jadi makanan seimbang kita mengandungi nisbah nasi (karbohidrat) yang banyak, ikan dan sayur sedikit aja. Tanaman pun begitu. Kita mahu banyak karbon dan sedikit nitrogen.  Tapi dua-dua perlu, cuma kuantitinya sahaja yang berbeza.

Nilai?
Tinja ayam, nisbah C:N ialah 6.  Maksudnya jumlah karbon adalah 6 kali lebih banyak daripada nitrogen. Sisa sayur dapur, 15, keratan rumpai 20, daun pokok 50, kertas 500. Jadi kertas mengandungi banyak karbon jika dibandingkan dengan tinja ayam (bandingan secara isipadu). Yang mana lebih kaya dengan nitrogen, sayur sisa dapur atau daun pokok? (Lihat nilai C:N).

Jadi apakah nisbah C:N yang sesuai jika nak bina kompos yang seimbang?

Kita sambung Selasa, seperti biasa 6.30 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan