Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 19 Oktober 2013

Klinik Tanaman -- Memulihkan Pokok Cili Yang Kehausan



Masalah bila balik kampung bercuti panjang jika kebun di rumah tidak dilengkapi sistem siram automatik.  Pokok terutamanya yang ditanam dalam bekas akan kering kehausan.  Jangan gusar, kebiasaannya pokok tersebut masih boleh diselamatkan.

1. Selepas disiram perhatikan batang pokok, jika masih ada yang hijau, pokok belum mati, ia masih boleh diselamatkan.  Gambar 1 menunjukkan pokok cili yang bakal dipulihkan.

2. Dengan menggunakan guntung kebun (secateur) atau pisau yang tajam, kerat semua buah cili.  Ini kerana buah cili memerlukan air yang banyak dan sebahagian besar dari tenaga akan digunakan untuk memulihkan buah cili.  Pokok yang sakit perlu tumpukan segala tenaga yang ada untuk memulihkan diri, jadi gunting semua buah dan putik buah yang ada.  Gambar 2 menunjukkan buah yang dikerat.

3. Kemudian kerat semua ranting yang telah bertukar warna dari hijau kepada kelabu.  Ini keratan ranting tersebut telah mati.  Gambar 3 menunjukkan daun yang telah dikerat. 

4. Gambar 4 menunjukkan ranting yang perlu dikerat.

5. Isikan air ke dalam baldi sehingga 3/4 penuh iaitu lebih dalam daripada tinggi bekas atau pasu tanaman yang ingin dipulihkan.  Gambar 5 menunjukkan baldi yang sedang diisi dengan air.  Saya letakkan sedikit tanah kompos supaya air tersebut mengandungi nutrien.

6. Celupkan bekas tanaman ke dalam baldi.  Patikan bekas berada di dalam air.  Pastikan ada buih keluar daripada permukaan tanah untuk pastikan air mengisi ruang kosong di dalam tanah.  Biarkan selama 15 minit.  Gambar 6 menunjukkan bekas tanaman yang sedang dicelup di dalam air di dalam baldi.

7. Keluarkan bekas dan biarkan air mengalir keluar daripada bekas tanaman.  Ini untuk pastikan ada ruang udara di dalam tanah supaya akar dapat bernafas (respirasi).  gambar menunjukkan air yang mula keluar daripada bekas tanaman.

8. selepas 15 minit, pokok akan pulih.  Daun akan segah semula.  Letakkan tanaman di tempat teduh dan siram setiap hari seperti biasa. Kebiasaannya selepas 2 minggu pokok akan berbunga dengan lebat.  Gambar 8 menunjukkan daun yang mula segah walaupun hanya selepas 10 minit dipulihkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan