Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 30 Oktober 2013

Keseronokan Home Gardening

Satu daripada keseronokan berkebun di rumah ialah sentiasa mencari idea baru untuk dicuba. Jika menjadi, senang hati. Jika tak menjadi, cuba dan cuba lagi.

Di peringkat awal banyak perkara dipelajari atau ditemui. Ada aja makhluk perosak mengganggu. Pelbagai kaedah dicuba, pelbagai cadangan diterima dan diuji. Ada daripada petua yang diturunkan oleh orang dulu-dulu, dan ada petua diterima dari rakan-rakan yang hortikultur. Semua menjadi kalau serasi. Ada juga tak menjadi. Bukan kerana petua atau cadangan tersebut tidak betul, hanya tidak serasi, perlu dikaji lagi. Kerana mungkin ada lagi elemen yang berkait tidak menepati.

Begitu juga dengan petua yang saya berikan, ada yang hubungi semula kata menjadi. Ada yang mencuba hingga habis pokok mati. Mengapa jadi begini? Banyak faktornya. Sebab itu home gardening begitu menyeronokkan. Setiap yang dibuat ada perkara baru ditemui.

Menyemai contohnya. Ada benih perlu direndam air suam, tapi jika direndam lama, cambahan mati. Jadi masa menjadi faktor utama kerana jika lama cambahan mati kerana cambahan benda hidup yang perlukan udara untuk respirasi.

Ada yang kata petua orang dulu-dulu kalau benih timbul, benih hampa tidak menjadi. Mungkin ada betulnya-- pada setengah benih boleh dikenalpasti bernas atau mati cara begini. Misalnya benih jagung yang dimakan bubuk, pasti mati. Kerana ada ruang udara terowong bubuk dalam benih, bila direndam akan timbul. Jangan pula cemas bila rendam benih roselle, timbul. Saya dah uji. Benih yang timbul bercambah dalam sehari. Benih yang tenggelam bercambah 4 hari. Tapi jangan pula direndam hingga 4 hari, benih pasti mati.

Jangan juga uji benih kelapa cara ini. Yang timbul diandaikan mati. Pasti kena maki kalau pembekal ambil hati.

7 ulasan:

  1. Betul tu... memberi pengalaman & pengetahuan yg bbeza2.:-)

    BalasPadam
  2. ape cadangan untuk menanam pokok pagar... apa jenis pokok yang sesuai dan tidak di makan kambing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kambing ni susah sikit. Yang mana dilarang yang itu nak dimakan. Cuba jenis ivy. Tapi kalau ada anak kecil bahaya pada anak.

      Padam
  3. AsSalam...En.Is. Benih bunga matahari jenis ape yg ade stok?

    BalasPadam