Isnin, 7 Oktober 2013

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri - Sofiah Saad

Pertama, saya mohon maaf kerana berlum sempat pamerkan semua gambar kiriman rakan-rakan.  Buat masa ini saya akan cuba pamerkan sekurang-kurangnya satu kiriman setiap hari.

Gambar yang saya kongsi hari ini adalah kiriman Sofiah Saad.  Sofiah adalah antara rakan yang bertuah kerana memiliki ruang bertanah.  Walaupun tanah tak luas, sofiah telah berjaya memanfaatkan kawasan tersebut dengan tahap yang optima.

Saya gemar melihat pokok kangkung.  Kalau saya, pokok yang sebegini pasti dituai dibuat ulam.  Celur cicah sambal pun enak.  Kalau ada sambal rojak, petang-petang buat snek. Kalau bendi dah berbuah, bertambahlah nikmat memakan sayur hasil tanamsendiri di rumah.

Kangkung yang ditanam di atas tanah.  Gambar milik [email protected]

Anak pokok bendi. [email protected]

Bayam dan maman pun kelihatan amat cantik.  Saya perhatikan bayam menjadi begitu pada dan segar.  Sementara tunggu pokok besar, sebahagian dah boleh dituai.

Bayam merah. Di sebelah kanan anak pokok maman.  Gambar milik [email protected]

Dan lihatlah betapa segar sawi ini.  Nanti bila dah matang puas makan.  Saya pun belum semai semula sawi. tak boleh jadi ni.  Kalau sempat petangni akan semai sawi.


Anak pokok sawi.  Gambar milik [email protected]

Terima kasih Sofiah Saad kerana sudi berkongsi.  Semoga menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan kita yang lain.

3 ulasan:

  1. Assalam, salam perkenalan dari sy. Sy baru terjumpa blog ni, Harap dapat beberapa panduan dari sini sebab saya ada juga tanam sendiri beberapa pokok rempah ratus dalam pasu.. Ada yang naik elok ada yang bantut...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam. Diharap blog ini dapat membantu. Terdapat banyak artikel yang ditulis yang diharapkan dapat membantu pengunjung menjalankan aktiviti berkebun di rumah.

      Padam
  2. Bla saya sgah ke blog en iss dan tgk plak pic tanaman2 yg en iss uplload di page tanamsendiri.com , semakin bersemngat sy utk berkebun.. tq en iss dgn panduan dn tunjk ajar yg d berikn d blog yg sgt berguna utk beginner cm sy ni.

    BalasPadam