Jumaat, 4 Oktober 2013

Gambar Oleh Rakan TanamSendiri -- Datin Norhaslinda



Terung yang ditanam di dalam pasu dan diletakkan secara bertingkat.  Gambar milik Datin Norhaslinda.

Bendi yang tumbuh subur dan telah menghasilkan tuaian.  Gambar milik Datin Norhaslinda.

Pokok timun yang memanjat pada trelis kayu.  Gambar milik Datin Norhaslinda.

Peria katak yang dibiarkan memanjat pada trelis kayu.  Gambar milik Datin Norhaslinda.

Jagung yang ditanam di dalam pasu.

Gambar yang saya kongsikan hari ini adalah kiriman Datin Norhaslinda daripada Kuantan. Beliau adalah rakan yang memesan benih daripada blog ini secara regular.  Selain daripada gambar yang dipamerkan di sini, terdapat juga tanaman lain yang ditanam di tanah, misalnya kacang panjang dan lain-lain yang telah menghasilkan tuaian yang lumayan.

Saya gemar melihat cara tanaman disusun di kebun rumah beliau.  Pokok ditanam dan susun kemas.  Jika melihatkan keadaan tanaman, saya pasti banyak masa yang digunakan untuk kekalkan tanaman kemas begini.  Home gardening, elok untuk semua.  Banyak manfaat yang diperoleh daripada aktiviti ini.

Terima kasih Datin Norhaslinda kerana sudi berkongsi gambar.

4 ulasan:

  1. Great idea utk container gardener ni....Cantik tersusun...:)

    BalasPadam
  2. Betul tu. cantik n seronok mata memandang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam