Khamis, 17 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Timun Mini

Timun mini berbuah lebat.

Timun mini yang disemai 3 minggu yang lepas telah mula berbunga.  Saya perhatikan pokok ini ada jantina.  Ada pokok yang mengeluarkan bunga jantan sahaja dan ada pokok keluarkan bunga betina sahaja.  Jika tanam bakan ini elok semai banyak benih supaya ada kedua-dua jenis pokok.  Berbaloi kerana 1 pokok menghasilkan bunga dengan putik buah di sepanjang batangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan