Sabtu, 19 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Sweet Basil

Pokok Sweet Basil

Daun sweet basil serasi dengan cili dan tomato.  Saya gemar jadikan ramuan masakan itali.  Buat sambal pun enak.  Baka ini dah terkacuk dengan basil tempatan.  ia mempunyai aroma sinamon.  Untuk kekalkan hibrid ini kami biak secara propagasi sebab kalau hasilkan benih, susah nak kawal sebab kami tanam 5 jenis basil berdekatan.

Selain jadi ramuan makanan, pokok ini juga bertindak sebagai buddies melindungi pokok cili daripada serangan lalat putih, bena dan mealy bug.  Nah, mau apa lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan