Khamis, 24 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Sayur Putih/Kobis Cina

Sayur putih atau kobis cina yang ditanam di belakang rumah.

Kobis cina ini adalah lebihan daripada benih yang kami kongsi bulan lepas (benih kongsi).  Benih kongsi adalah benih yang diedarkan secara percuma sebagai tanda terima kasih pengunjung kerana menyokong usaha kami dalam aktiviti berkebun di rumah.

Kobis ini adalah antara benih yang kami gemar semai kerana pertumbuhannya yang ceparm rupa sayur yang cantik serta enak dimakan.  Kobis cina ini adalah dari baka daun terbuka.  Ia berwarna hijau muda, boleh dituai secara kerat dan tumbuh lagi.  Daun kobis cina enak dijadikan ulam atau dimasak sayur air bersama bawang putih dan lada hitam.

4 ulasan:

  1. Bila tengok pokok sayur kawan2 kat blog yang menghijau hati berbunga2 nak tanam2 jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah aja tanam. Boleh tanam kat rumah, dalam bekas. Benih boleh dapat dari blog ini, satu pek hanya RM2.

      Padam
  2. benih timun tua ada jual secara borong tak. cth 500g per pkt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanamsendiri disasarkan kepada home gardener. Kami tak stok benih.

      Padam