Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Pokok Geruda

Pokok Geruda

Pergilah ke mana mana nurseri, mereka ada jual pokok ni.  Eh, ada tanam pokok herba ubat pula?  Ingatkan tanam sayur aja.

Tak saya tanam pokok ni bukan untuk tujuan sebagai ubat.  Saya tanam sebab nak halau kucing jalanan yang gemar sangat rosakkan pokok.  Kalau pokok geruda, kucing akan bagi ekspresi ewwww dan beredar.
Pokok eeruda adalah pokok yang renek daripada keluarga Rutaceae dengan batang yang keras dengan cabang yang banyak. Daunnya kecil, bujur tirus di bahagian tangkai tersusun bendatar pada tangkai daun dengan bilangan yang tidak sekata. Anda mudah kenal daun ini kerana ia mengeluarkan bau yang busuk--kata pemilik nurseri tempat kami selalu berkunjung, bau "tooooooot."

Nyonya nurseri tersebut suka bercerita, jadi cerita tentang pokok ni tak habis.  Macam-macam khasiat, katanya.  Orang cina buat sup, buat salad, buat ramuan panggang ikan, buat teh, buat macam-macam!

"Alamak, tak kan buat teh kot", bisik saya dalam hati.
"Nak promote, promote juga, tapi kan daun ni busuk."

Khasiat? Terlintas juga nak tahu, jadi saya belek buku Tumbuhan Perubatan Malaysia terbitan MARDI.  Mak oii, ia ada menyatakan air rebusan daun geruda diminum untuk ubat sakit perut. Daun dilumatkan bersama bawang dan halia dan disapu pada badan untuk ubat demam. Ia juga dikatakan mampu mengubat luka dan telinga bernanah.  Bahagian depan buku, pengarang buku tersebut ada nyatakan, maklumat perubatan yang diletakkan tidak diuji dan berdasarkan amalan orang dulu dulu.  Setakat mana keberkesanan penggunaan herba tersebut tidak dinyatakan. Jadi saya mulalah cari maklumat dalam buku-buku lama yang berabuk kat rumah ni.  Ooooo banyak rupanya.

Kalau rakan-rakan nak tahu tentang tanaman ni boleh dapatkan ebook ringkas dari kami.  Upah kompil maklumat, kami ambil RM10 untuk ebook tersebut.  Bolehlah dapat pengetahuan sedikit sebanyak tentang pokok Geruda.  Tujuan bukan untuk perubatan, hanya untuk pengetahuan.  Sebab selama ni dengar orang bercerita sahaja.

Judul ebook, "Herba Garuda, Busuk Tapi Mujarab"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan