Rabu, 30 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Patch Belakang Rumah

Kobis cina dan kailan tumbuh dengan subur di belakang rumah. 

Ruang tanah di belakang rumah kami tidak luas, hanya lebar dalam 60 cm di sepanjang longkang.  Ruang tanah hanya selepar 45cm.  Ruang tersebut kami susun batu bata dan isikan dengan tanah yang diperkaya dengan baja organik.  Sebenarnya sudah lama kami tidak menambah baja, tapi alhamdulillah tanaman kami tetap subur.  Patch di belakang rumah lebih istimewa berbanding dengan patch di depan rumah kerana ia mendapat cahaya pagi.  Oleh sebab itu kami manfaatkan dengan menanam sayur daun seperti kailan dan kobis cina.

Selain dari itu kami juga ada menanam bendi dan moringa.  Walaupun pokok moringa mampu tumbuh besar, kami sentiasa pangkas batang untuk pastikan pokok tidak tumbuh terlalu besar.  Setiap kali pangkas dapatlah kami nikmati tuaian daun moringa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan