Jumaat, 11 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Labu Venus

Buah Labu Venus yang berbuah di atas pagar.

Masalah menanam labu ialah pokok ini menjalar.  Jika tiada kawasan yang luas, memang masalah.  Bagaimanapun tanggapan sedemikian tiada lagi selepas saya tanam pokok labu manis dari baka Venus.  Ini kerana pokok ini cepat berbunga dan berbuah.  Pokok yang saya semai berbunga selepas 2 minggu disemai.  Peringkat awal tiada buah kerana semua bunga adalah bunga jantan.
Pokok ini saya biarkan menjalar di atas pakar depan rumah untuk dijadikan hiasan kerana bunganya lebat.  Apabiola keluar bunga betina, lebih daripada 50% lekat menjadi buah.  Walaupun ada beberapa buah rosak dimakan burung, saya puas hati kerana isinya memang enak.  Fahamlah kenapa burung makan, memang manis.  Kulitnya pula nipis.

Labu Venus, berbaloi tanam.

---------------------------------------------
Apa?  Labu Venus
Ada benih?  Ada, dijual bersama Set Koleksi Labu Manis.
 

4 ulasan:

  1. 1st time dengar labu venus...isinya berwarna kuning macam labu biasa ke??

    BalasPadam
  2. Sy dah byk kali rnm Timun jepun, labu venus, tembikai tp mslh kekabuh menyerang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya akan tulis tentang cara nak manage serangga perosak. Perosak bukannya masalah tapi cabaran yang membuat home gardening lebih menarik.

      Padam