Jumaat, 18 Oktober 2013

Gambar Hari Ini -- Kailan

Kailan kerat dan tumbuh lagi.

Saya amat berpuas hati dengan pokok ini. Setelah beberapa kali dikerat, ia tetap tumbuh lagi dengan kualiti daun yang rangup dan enak dimakan.  Sekali semai, 5 kali makan dan masih tumbuh semula.

Ada antara rakan yang bertanaya, kailan yang mereka tanam daunnya terlalu pahit dan kurang enak untuk dimakan.  Saya ada bertanya pembekal benih.  Mereka kata ia ada kaitan dengan jenis tanah yang digunakan.  Saya kurang pasti.  Mungkin ada antara rakan yang dapat membantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan